Kanak-Kanak Hilang Sebelum Ditemukan Lemas Bersama Kesan Gigitan Haiwan Di Badan – Manis Madu
Kanak-Kanak Hilang Sebelum Ditemukan Lemas Bersama Kesan Gigitan Haiwan Di Badan

Kanak-Kanak Hilang Sebelum Ditemukan Lemas Bersama Kesan Gigitan Haiwan Di Badan

Selepas beberapa hari dilaporkan hilang, seorang mayat kanak-kanak lelaki temui mati lemas hari ini dengan kesan gigitan haiwan di tubuh mangsa. 

 

Muhammad Danish Muhammad Zamrie  dilaporkan hilang selepas terjatuh di sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Engkerbai, Selangau selasa lalu.

 

Mayat mangsa berjaya ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 8 pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, mayat ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

 

Menurut beliau, hasil dari pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka dan dipercayai gigitan haiwan di lengan kiri dan kanan mangsa. 

 

Mayat Danish dihantar ke Hospital Mukah selepas ibu bapanya selesai membuat pengecaman untuk dibedah siasat. 

 

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi, Selasa lalu.

 

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bagaimanapun dikerah ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. 

 

Menurut laporan Harian Metro, Operasi SAR juga turut dibantu tujuh anggota dari Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Sungai Merah, Sibu.

 

Empat anggota polis dan lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut serta dalam operasi berkenaan.

 

Sumber Gambar: MSN

Post a Comment