Apa Beza Ampoule Dengan Serum? Kelirunya! Inilah Penerangan Simple Untuk Korang!
Makin lama makin banyak produk penjagaan kulit sampai keliru mana satu nak pakai, jangan sampai tertukar-tukar pula ya!
Yaya faham perasaan ingin tahu, atau ingin cuba Maduners kalau nampak produk penjagaan kulit yang baru di pasaran. Lebih-lebih lagi kalau bungkusan menarik, dengan ingredients yang bagus untuk kulit.
Kalau nak ikutkan, masa awal-awal dulu, Yaya pun selalu keliru tentang produk penjagaan kulit terutamanya toner, serum, ampoule dan juga essence. Nampak macam sama, tapi apa perbezaannya?
1. Toner
Sumber Gambar: coveteur.com
Menurut pibuu, toner merupakan produk yang digunakan setelah selesainya double cleansing dalam rutin penjagaan kulit. Toner juga kaya dengan antioksidan, soothing agents dan agen penghidratan yang sudah semestinya memberi manfaat kepada kulit.
Tekstur: Cecair ringan, seakan-akan air.
Manfaat Kepada Kulit: Toner mampu untuk seimbangkan pH level kulit supaya kulit tidak terlalu kering atau berminyak. Selain itu, ia juga dapat menghilangkan kesan solekan yang tidak dicuci dengan betul setelah double cleansing.
2. Essence
Sumber Gambar: www.nytimes.com
Penggunaan essence dalam rutin penjagaan kulit seringkali diamalkan oleh K-Beauty lovers! Essence digunakan untuk prep kulit, sebelum menggunakan serum dan produk-produk seterusnya. Namun begitu, bagi Yaya, ia bukanlah produk yang terlalu penting untuk digunakan dalam rutin penjagaan kulit.
Tekstur: Selalunya seakan-akan toner, tapi ada juga yang hampir sama kelikatan seperti serum.
Manfaat Kepada Kulit: Meningkatkan hidrasi kulit.
3. Serum
Sumber Gambar: www.womenshealthmag.com
Serum merupakan antara produk penjagaan kulit yang semakin hari semakin ramai orang gunakan. Dalam rejim penjagaan kulit muka, ia digunakan setelah menyapukan toner dan juga essence pada permukaan kulit. Ianya juga mengandungi bahan-bahan aktif seperti niacinamide, hyaluronic acid, zinc dan lain-lain untuk merawat kulit secara menyeluruh.
Tekstur: Cecair yang agak pekat dan likat, berbanding dengan toner.
Manfaat Kepada Kulit: Merawat masalah kulit seperti kekusaman, kedutan dan kesan jerawat degil.
4. Ampoule
Sumber Gambar: joahbox.com
Ampoule boleh digambarkan sebagai ‘booster shot’ selepas menggunakan serum. Kadar konsentrasi bahan yang digunakan dalam ampoule lebih tinggi daripada serum, dan ia sewajarnya tidak digunakan terlalu kerap untuk mengelakkan berlakunya breakout.
Tekstur: Lebih likat daripada serum.
Manfaat Kepada Kulit: Membantu serum dalam kadar keberkesanan produk untuk merawat masalah kulit.
Haa, keliru lagi ke? Yaya dah cuba terangkan dengan cara paling simple sekali. Pibuu juga telah menyatakan yang tekstur setiap produk mungkin berbeza mengikut jenama, jadi, Maduners kena pilih produk dengan betul dan sesuai untuk kulit muka anda semua. Semoga bermanfaat untuk Maduners!