Arghhhhhh! Segumpal Rambut Gugur? Tangani Masalah Keguguran Rambut Dengan Kaedah Paling Efektif! – Manis Madu
Tangani Masalah Keguguran Rambut Dengan Kaedah Paling Efektif

Arghhhhhh! Segumpal Rambut Gugur? Tangani Masalah Keguguran Rambut Dengan Kaedah Paling Efektif!

Rambut gugur sampai seakan-akan rasa kepala dah botak? Rawat sebelum terlambat!

Punca Rambut Gugur?

Menurut Medical News Today, terdapat banyak punca rambut gugur, sama ada pada usia yang muda atau pun berumur. Dalam kalangan wanita, antara penyebabnya ialah genetik, perubahan hormon, dan juga faktor umur yang semakin meningkat.

Macam Mana Nak Kurangkan Rambut Gugur?

Walaupun antara punca rambut gugur tak dapat dielakkan, kita masih ada pilihan untuk mengurangkannya. Jadi, hari ini Yaya akan share dengan korang beberapa cara dan tips yang terbukti efektif, yang mungkin berguna untuk Maduners.

1. Menggunakan Syampu Anti-Rambut Gugur

coconut-oil

Antara punca rambut gugur ialah liang pori tersumbat pada kulit kepala. Jadi, Maduners harus mencari syampu yang dikhususkan untuk menangani masalah tersebut. Antara bahan yang bagus untuk kulit kepada ialah minyak kelapa, minyak zaitun dan juga aloe vera.

2. Mengurut Kulit Kepala / Scalp Massage

selective-focus-photo-of-woman-getting-a-head-massage-768

Rambut gugur dan berkelemumur? Extra stressful! Kalau korang nak tahu, dengan mengurut kulit kepala, ia dapat meningkatkan peredaran darah di kawasan tersebut dan membantu membersihkan kelemumur. Dengan ini, kesihatan kulit kepala dan folikel rambut sentiasa terjamin.

3. Memastikan Pemakanan Seimbang

protein-foods

Sumber Gambar: www.nzprotein.co.nz

Menurut Medical News Today, tubuh badan kita memerlukan sumber protein yang secukupnya untuk menumbuhkan rambut baru. Contoh makanan yang Yaya boleh suggest ialah kekacang, telur, ikan dan lain-lain lagi.

 

Selain itu, zat besi juga merupakan elemen yang penting dalam kesihatan rambut. Jika segelintir daripada Maduners yang didiagnosis dengan kekurangan zat besi, suplemen tambahan dan makanan yang kaya dengan zat besi akan membantu proses penumbuhan rambut.

4. Terapi Hormon

Chapel-Hill-Gynecology_Hair-Loss-Menopause-768

Sumber Gambar: chapelhillgynecology.com

Untuk pengetahuan Maduners, menopaus akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon yang agak ketara. Disebabkan hal tersebut, terapi hormon yang Yaya maksudkan ialah terapi penggantian hormon untuk estrogen atau progesteron dan pengambilan pil perancang kelahiran. Ini adalah untuk membetulkan semula level hormon yang dikatakan tidak stabil.

5. Mengambil Ubat-ubatan Tambahan

Sumber Gambar: www.webmd.com

Medical News Today turut menyatakan bahawa Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah meluluskan bahawa Minoxidil boleh merawat keguguran rambut. Berdasarkan Byrdie, Minoxidil merupakan ubat yang digunakan untuk tekanan darah tinggi.

 

Disebabkan ubat yang mengandungi Minoxidil ini akan membantu peredaran darah, ia merupakan antara cara yang menangani keguguran rambut paling berkesan. Pembelian ubat Minoxidil ini boleh dilakukan secara atas talian dan juga dari farmasi berdekatan dengan Maduners!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by imelda clarrisa (@imeldaclarrisa) on

Perkara kecil seperti menghindari stress juga mampu membawa perubahan kepada keguguran rambut yang mendadak. It’s the little things that matter! Jadi, jaga kesihatan diri Maduners!

Post a Comment