Istiadat Konvokesyen Kembali Dilaksanakan, MSU Jadi Pemula – Manis Madu
Istiadat Konvokesyen Kembali Dilaksanakan, MSU Jadi Pemula

Istiadat Konvokesyen Kembali Dilaksanakan, MSU Jadi Pemula

Umum mengetahui sejak wabak Covid-19 melanda dunia, terdapat banyak perubahan yang dilakukan dalam kehidupan harian. Ini termasuk golongan pelajar yang terpaksa menadaptasi diri dengan sesi pembelajaran secara atas talian.

 

Jika dilihat di laman sosial, banyak keluhan dan masalah yang disuarakan berkaitan pembelajaran norma baharu ini. Paling menyedihkan, hari paling dinantikan para iaitu istiadat konvokesyen juga terpaksa ditunda dan ada juga yang melakukannya secara atas talian.

 

Namun, berikutan pengurangan kes sejak kebelakangan ini, istiadat tersebut kembali diadakan dan dimulakan oleh Management & Science University (MSU), baru-baru ini.

 

Menurut portal Buzzkini, konvokesyen ke-27 yang tertangguh sejak Oktober tahun lalu akan berlangsung sehingga 2 April (Jumaat) di kampus Shah Alam.

Ia melibatkan 1959 graduan dari 90 program pengajian termasuklah 22 penerima ijazah Doktor Falsafah, 68 graduan ijazah Sarjana, 955 graduan ijazah Sarjana Muda dan 914 penerima Diploma.

Meskipun majlis seperti ini memerlukan penglibatan dalam skala besar, tetapi ia berjaya dilaksanakan dengan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti saranan kerajaan. Graduan juga mampu mengukir senyum apabila hasrat mereka dilunaskan untuk memegang skrol di atas pentas.

 

Madu ucapkan tahniah kepada semua graduan MSU yang berjaya menamatkan pengajian pada konvokesyen kali ini!

Post a Comment