Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Tidak Lagi Tinggal Sebumbung? – Manis Madu
Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Tidak Lagi Tinggal Sebumbung

Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Tidak Lagi Tinggal Sebumbung?

Bagi meredakan gelora yang melanda dalam rumah tangga yang dibina, Puteri Sarah, 35, memilih tinggal berasingan dengan suaminya Syamsul Yusof, 36.

Keputusan tersebut menimbulkan 1001 persoalan kepada netizen terutamanya. Bagaimana mungkin permasalahan rumah tangga yang telah dibina sejak 6 tahun lepas tersebut boleh diselesaikan jika Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya.

 

Walaupun begitu, Sarah tetap yakin inilah keputusan yang terbaik buat dirinya serta keluarga yang dibina bersama Syamsul.

 

“Krisis rumah tangga kami sudah berlanjutan sejak sekian lama. Sehingga kini, saya dan Syamsul masih cuba mencari jalan penyelesaian. Kami perlukan masa dan mungkin dengan cara berjauhan dapat mengembalikan semula rasa cinta dan rindu”.

 

“Sungguhpun berjauhan, kami masih berhubung dan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp. Syamsul juga bebas bertemu anak-anak, Syaikhul Islam, 3 dan Sumayyah, 1.

 

“Sejujurnya, saya dan Syamsul serta keluarga mengharapkan perkara baik sebagai penamat konflik ini. Tak terfikir berakhir dengan perceraian. Insya-Allah dengan cara ini, kami boleh kenang kembali momen manis ketika bersama dan merasai pengalaman jika suami atau isteri tiada di sisi,” jelasnya.

Para Maduners percaya atau tidak, meski kritikan dan tentangan yang diterima Sarah, keputusannya itu membuatkan gelora yang melanda rumah tangganya semakin dapat dijinakkan yakni positive!

 

“Tindakan kami bukan disebabkan keegoan, tetapi memberikan ruang untuk muhasabah diri. Saya tak pernah berdendam dengan suami, tetapi mahu memberikan sedikit pengajaran. Biarpun tiada sebarang kepastian bila krisis rumah tangga tamat, tetapi saya mengharapkan ia segera berakhir.

 

Sebelumya, media tempatan hangat membicarakan permasalah ini segalanya berpunca dari munculnya kehadiran orang ketiga diantara mereka, terutamanya apabila Sarah mengkongsikan mengenai kecurangan di social media miliknya. Meski begitu, punca tersebut masih belum mendapat kesahihannya hingga ke hari ini.

 

“Soal ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Cuma, apa yang boleh katakan, setiap perkahwinan tidak terlepas daripada belenggu masalah. Bezanya, bagaimana cara berdepan dengan permasalahan. Adakah iman cukup kuat untuk menempuhi? Saya tahu lelaki banyak godaan, tetapi saya boleh menerima dan memaafkan jika perkara ini berlaku.

“Bohonglah sebagai isteri tiada rasa cemburu dan sangsi dengan suami, lebih lagi, jika tidak diberi perhatian atau ada anasir luar yang cuba menggugat keharmonian rumah tangga. Pun begitu, pengalaman berjauhan ini banyak menyedarkan, sekali gus melenyapkan perasaan ragu,” luahnya lagi.

 

“Kena ada komunikasi, kepercayaan, saling setia dan memperuntukkan masa supaya tidak terasa seperti diabaikan. Jika salah seorang daripada pasangan rasa kosong atau sunyi, kena memperbaikinya bersama. Jika timbul masalah boleh dapatkan khidmat kaunseling atau selesaikan, bukannya meletakkan bebanan kepada salah seorang sahaja.

 

“Kebanyakan nasihat yang diterima, semuanya menyalahkan isteri. Lelaki juga kena mengetepikan keegoan dan menyelesaikan masalah yang timbul bersama isteri, barulah ia berhasil. Dalam situasi saya, memang saya ada mengajak Syamsul pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan khidmat. Mujur, Syamsul bersetuju.

 

Baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-35 pada 1 Disember lalu, anak sulung daripada empat beradik itu turut mengharapkan, pertambahan usia dan kehadiran 2021 yang bakal menguak jendela memberikan sinar baharu dalam hidupnya.

 

Pada 1 December yang lalu Sarah baru saja menyambut birthday-nya yang ke-35 dan beliau turut berkongsi wishes-nya semoga memberi sinar baru buatnya untuk tahun 2021.

 

“Sempena ulang tahun kelahiran dan penutup 2020, saya mengharapkan kehadiran 2021 akan lebih baik dan dikurniakan cahaya mata ketiga. Saya dan Syamsul memang merancang mahu memiliki tiga atau empat anak.

 

Dengan ini, Madu dan Maduners mengucapkan Happy Belated Birthday Sarah! Semoga mendapat sinar kebahagian serta keharmonian rumah tangga buat Sarah! Love you!

Post a Comment