Army Tak Setuju Lagu ‘Butter’ BTS Dimainkan Ketika Majlis Penutupan EURO 2020? – Manis Madu
Army Tak Setuju Lagu ‘Butter’ BTS Dimainkan Ketika Majlis Penutupan EURO 2020

Army Tak Setuju Lagu ‘Butter’ BTS Dimainkan Ketika Majlis Penutupan EURO 2020?

Lagu Butter nyanyian boy band terkenal Korea, BTS telah menjadi pilihan UEFA untuk diputarkan ketika Majlis Penutupan EURO 2020 di Stadium Wembley, London pada 12 Julai akan datang.

 

Pemilihan lagu berkenaan berjaya mengalahkan penyanyi lain seperti Louis Tomlinson, Billie Eilish serta Usher dengan 46.6% undian. Ia turut mengalahkan lagu dari Louis Tomlinson, Kill My Mind dengan 43.8%

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial)

Kemenangan BTS dalam persaingan lagu berkenaan mendapat reaksi kurang senang warganet malah dalam kalangan army sendiri!

Difahamkan, sebahagian besar peminat bola berserta sebahagian army meluahkan rasa tidak puas hati sehingga mewujudkan petisyen berikutan menyifatkan irama K-Pop itu tidak sesuai dimainkan dalam suasana pembukaan acara sukan sedemikian.

Walau bagaimanapun, pertelingkahan kumpulan K-Pop dengan peminat bola sepak itu kian reda apabila pihak penganjur mendedahkan bahawa keempat-empat lagu itu akan diputarkan nanti.

Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya apakah motif sebenar EURO 2020 membuka undian yang mencetuskan kontroversi tersebut.

Post a Comment