Awas! Bayi & Kanak-Kanak Di Kelantan Kini Ramai Positif Covid-19 – Manis Madu
Awas! Bayi & Kanak-Kanak Di Kelantan Kini Ramai Positif Covid-19

Awas! Bayi & Kanak-Kanak Di Kelantan Kini Ramai Positif Covid-19

Jumlah positif Covid-19 semakin hari semakin meningkat naik dan pastinya perkara ini menimbulkan rasa bimbang kepada ramai pihak.

 

Apa yang lebih dikhuatiri adalah pesakit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak juga kini dilaporkan semakin ramai di Kelantan.

Bayi & Kanak-Kanak

Dalam tempoh dua minggu sahaja jumlah pesakit dari kalangan bayi dan kanak-kanak yang berusia 28 hingga 12 tahun ini sahaja meningkat sebanyak 25 ke 30 peratus.

 

Memetik laporan yang dibuat oleh Harian Metro, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir yang merupakan selaku Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan berkata, peningkatan pesakit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak ini melebihi 200 orang berbanding sebelum ini.

 

Pesakit yang berusia di bawah umur 12 tahun ini amat membimbangkan dan faktor peningkatannya dilihat berpunca dari pertambahan jumlah positif Covid-19 dalam kalangan dewasa.

 

Kanak-kanak ini didapati positif Covid-19 bagi kategori satu dan dua. Mereka kemungkinan besar berjangkit daripada ibu bapa, penjaga atau ahli keluarga yang menjadi kontak rapat” – Dr Zurairie

 

Menurut beliau lagi, kanak-kanak dibawah umur akan ditempatkan di PKRC bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. 

 

Tetapi jika ibu bapa dipercayai negatif Covid-19, kanak-kanak berkenaan akan ditempatkan di bilik khas yang disediakan di beberapa PKRC bagi mengurangkan risiko jangkitan. 

 

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Post a Comment