Ayda Jebat, Nabil Mahir Bakal Bernikah Pada 1 Januari 2021, Akan Mengikut SOP – Manis Madu
Ayda Jebat, Nabil Mahir Bakal Bernikah Pada 1 Januari 2021

Ayda Jebat, Nabil Mahir Bakal Bernikah Pada 1 Januari 2021, Akan Mengikut SOP

Debaran semakin dirasai oleh Ayda Jebat dan pasangannya Nabil Mahir dalam menjejaki fasa seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

1 Januari 2021 adalah tarikh yang dipilih oleh mereka untuk melangsungkan hari istimewa tersebut yang sebelumnya diumumkan menerusi YouTube Channel Wuvvshow.

 

“Debaran itu ada. Cuma tiada sedikitpun terbit perasaan ragu-ragu atau terkilan kerana saya yakin dengan keputusan ini (berumah tangga).

 

“Lagipun bersedia atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terbaik selepas ini, saya berdoa semoga urusan itu dipermudahkan,” jelas Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada itu.

 

Ayda meluahkan bahawa situasi yang melanda dunia saat ini bukan penghalang untuk beliau membina masjid bersama tunangnya itu, dan juga amat bersyukur segala proses berjalan lancar.

 

“Alhamdullilah, saya tidak mempunyai tema atau konsep perkahwinan tertentu.

 

“Justeru, apabila tempoh pandemik memerlukan kita mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak menganjurkan majlis skala besar, saya tetap beryukur.

 

“Bagi saya mengadakan majlis kecil pun tidak mengapa, asalkan perkara wajib dapat dilaksanakan,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati tersebut.

Menurut Ayda, majlis pernikahannya dijadualkan berlangsung dalam suasana yang ringkas.

 

“Saya dan Nabil akan bernikah di masjid yang dihadiri 50 tetamu daripada keluarga dan rakan terdekat sahaja.

 

“Selain itu, perancangan asal saya ingin mengadakan majlis resepsi pada bulan Februari, namun terpaksa ditunda.

 

“Ini disebabkan dewan hotel yang saya ingini habis ditempah,” katanya.

 

Untuk pengetahuan Maduners lagi, saat negara kita mulai melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) April lalu, Ayda dan Nabil sudah melangsungkan pertunangan melalui application Google Meet. Sweet bukan! Madu ucapkan tahniah buat Ayda dan Nabil!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Post a Comment