Wanita Separuh Bogel Ditemui Mati Ditikam – Manis Madu
Wanita Separuh Bogel Ditemui Mati Ditikam

Wanita Separuh Bogel Ditemui Mati Ditikam

Pada 23 Disember lepas, kita dikejutkan dengan berita dari Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang dengan penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia dalam keadaan separuh bogel.

2.05 petang semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan menerima panggilan daripada rakan mangsa mengenai penemuan mayat itu.

 

“Siasatan di tempat kejadian dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati mayat seorang wanita Indonesia berusia awal 20-an ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

 

“Mayat mangsa yang separuh bogel hanya memakai baju T itu ditemui dalam bilik di tingkat satu rumah berkenaan”.

 

“Pemeriksaan pada badan mangsa menemui kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, kata Shamsul Amar.

 

Jelasnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek.

Sumber: Harian Metro

Sumber Featured Image (Untuk illustrasi sahaja): www.eastidahonews.com

Post a Comment