Badan Tak Berkepala Dijumpai Di Devon Rupanya Rakyat Malaysia – Manis Madu
Badan Tak Berkepala Dijumpai Di Devon Rupanya Rakyat Malaysia

Badan Tak Berkepala Dijumpai Di Devon Rupanya Rakyat Malaysia

Mayat seorang wanita dipercayai warganegara Malaysia ditemui tanpa kepala  di sebuah hutan pinggir bandar Devon.

 

Mangsa yang dilaporkan hilang sejak 11 Jun yang lalu itu dilaporkan sebagai Mee Kuen Chong, 67 kali terakhir dilihat pada 10 Jun lalu dan berita kehilangannya telah disahkan oleh polis Britain.

 

Menurut Evening Standard, Ahad lepas, sepasukan polis telah diarahkan ke tempat kejadian setelah menerima laporan mengenai penemuan mayat Mee Kuen.

 

Polis telah mengklasifikasikan kes sebagai ‘kematian yang tidak dapat dijelaskan’.

 

Seorang jurucakap polis berkata kelmarin, pihaknya percaya mayat itu telah berada di situ selama beberapa hari.

 

“Polis sedang menyiasat sebarang kemungkinan berkaitan kematian Mee Kuen dan buat masa ini kami sedang mengumpul maklumat daripada orang awam bagi menjejaki pergerakan terakhirnya.

 

“Bagi sesiapa yang ada terlihat mangsa antara 10 Jun hingga 27 Jun lepas, diharap dapat tampil memberikan maklumat,” katanya.

 

Sumber Gambar: Evening Standard

Post a Comment