Baju Aina Abdul Macam “The Nun” Di Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Ini Penjelasannya! – Manis Madu
Baju Aina Abdul Macam The Nun Di Separuh Akhir Muzik Muzik 35

Baju Aina Abdul Macam “The Nun” Di Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Ini Penjelasannya!

Suara Aina Abdul masa persembahan SFMM 35 memang lunak, tapi kena kejam pula tentang busana yang digayakan Aina dan disamakan dengan karakter watak hantu dalam sebuah filem Hollywood.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Persembahan penyanyi Aina Abdul menarik perhatian ramai pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung baru-baru ini.

 

Tidak melatah dengan perbandingan itu, Aina berkata, dia sudah boleh mengagak perkara itu dan meminta maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan imejnya malam tadi.

 

“Saya suka bereksperimen dengan fesyen.  Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya.

 

“Busana ciptaan Syamil Fazwan itu menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

 

“Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu,” jelasnya.

 

Pada malam terakhir SFMM35 itu, Aina menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya, Semalam dan berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

 

Sebelum ini, Aina pernah menarik perhatian ramai pada persembahan di AJL34, apabila busana yang dipakainya berlumuran darah dan ada yang menyangka beliau membawa jalan cerita membunuh diri.

 

Aina juga berterima kasih kepada peminatnya kerana mendengar lagu dia sampai berjaya ke pentas AJL ke-35.

 

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah.

 

“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya.

 

Madu tak sabar nak menyaksikan performance dan fashion yang Aina Abdul bakal dipersembahkan kepada kita semua di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-35 nanti!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment