Netflix Bakal Tayang 3 Karya Hebat Yasmin Ahmad 18 Disember Ini! – Manis Madu
Netflix-Bakal-Tayang-3-Karya-Hebat-Yasmin-Ahmad-18-Disember-Ini

Netflix Bakal Tayang 3 Karya Hebat Yasmin Ahmad 18 Disember Ini!

Dalam usaha mengenang pengarah yang banyak memberi sentuhan magis menerusi penghasilan filem mahupun iklan terutamanya Petronas ini, streaming channel Netflix bakal menayangkan semula tiga filem sentuhan pengarah Yasmin Ahmad menerusi filem Rabun, Mukhsin dan Talentime pada 18 Disember ini.

Filem Rabun adalah sebuah kisah yang diinspirasikan daripada kehidupan ibu bapanya sendiri apabila bapanya hampir buta akibat masalah diabetis.

 

Rabun dibintangi Allahyarham M. Rajoli bersama Kartina Aziz dan turut dibantu pelakon lain seperti Ho Yu-hang (Elvis), Norkhiriah (Orked) and Rozie Rashid (Cik Nor).

 

Seterusnya ikuti filem Mukhsin membawa kisah dari sebuah tempat di Sekinchan pada tahun 1993. Mengisahkan budak 10 tahun bernama Orked yang dijayakan Sharifah Aryana, telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Mukhsin (Syafie Naswip).

 

Manakala filem Talentime menyaksikan penglibatan pelakon seperti Pamela Chong (Melur), Mahesh Jugal Kishor (Mahesh) dan turut dibantu Syafie Naswip (Hafiz), Howard Hon Kahoe (Kahoe), Allahyarham Azean Irdawaty (Embun), Adibah Noor (Cikgu Adibah) dan Harith Iskander (Harith).

 

Jangan terlepas untuk saksikan Maduners!

Sumber Featured Image: Netflix, www.nadnary.com

Post a Comment