Bayi 15 Bulan Meninggal Dunia, Dipercayai Tersangkut Pada Kain Buaian – Manis Madu
ayi 15 Bulan Meninggal Dunia, Dipercayai Tersangkut Pada Kain Buaian

Bayi 15 Bulan Meninggal Dunia, Dipercayai Tersangkut Pada Kain Buaian

Kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, lapor Harian Metro.

 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia 15 bulan terbabit sebelum itu ditidurkan di dalam buaian berkenaan oleh pengasuh di dalam bilik.

 

“Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.

 

“Pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal bernafas semula dan pengasuh terus membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Sendayan.

 

“Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang oleh doktor bertugas,” katanya.

 

Nanda berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

“Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut,” katanya.

Post a Comment