Bekas Isteri Jutawan Bill Gates & Jeff Bezos Bekerjasama Sumbang Hampir RM180 Juta!
Melinda Gates dan Mackenzie Scott yang merupakan bekas isteri kepada jutawan dunia iaitu Bill Gates dan Jeff Bezos telah bekerjasama dalam memberi sumbangan puluhan juta kepada badan amal kesetaraan jantina.
Menurut laporan Daily Star, kedua-dua wanita berkenaan mengambil inisiatif bersama untuk menyumbang sejumlah besar wang kepada badan amal berkenaan.
Melinda dan Mackenzie Bezos bagaimanapun mengumumkan pemberian sumbangan itu dalam satu kenyataan media dan berjanji akan bekerja sebagai barisan hadapan untuk menyokong kesetaraan wanita.
View this post on Instagram
Usaha yang dibuat itu bagaimanapun telah diuruskan oleh Firma Pelaburan Gates Pivotal Ventures dengan menjalankan kempen yang diberi nama “Equality can’t wait Challenge”.
Kempen tersebut turut disertai oleh Scott, Jewett dan suami barunya.
Menurut Scott, penerima penghargaan itu terdiri dari pasukan kuat yang bekerja di barisan hadapan dan dari kalangan komuniti bagi membantu wanita membina kekuatan dalam hidup dan karier mereka.
Manakala Gates pula menambah, sambutan luar biasa ini membuktikan tidak ada cabaran yang tidak boleh dilalui dalam memajukan dan mentransformasi wanita.
“kita dapat memecah sejarah dan memajukan kesetaraan jantina, tetapi kita harus bekerjasama untuk mengangkat organisasi seperti mereka yang menerima anugerah pada hari ini”.
Scott yang menjadi berita utama tahun lalu disebabkan pengumumannya dalam memberi sumbangan berjuta dolar telah mencabar bekas suaminya untuk melakukan perkara yang sama.
Apa yang jelas adalah Melinda dan MacKenzie berusaha mendapatkan tajuk utama yang sangat berbeza dengan inisiatif terbaru mereka.
Sumber Gambar: Daily Star