Puas Pujuk! Penganggur Didakwa Sembunyi Atas Pokok Lepas Pecah Masuk Pejabat – Manis Madu
Puas Pujuk! Penganggur Didakwa Sembunyi Atas Pokok Lepas Pecah Masuk Pejabat

Puas Pujuk! Penganggur Didakwa Sembunyi Atas Pokok Lepas Pecah Masuk Pejabat

Seorang penganggur didakwa bersembunyi di atas pokok selepas memecah masuk pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Kota Kinabalu, Sembulan,Sabah, Malam tadi.

 

Anggota polis terpaksa memujuk suspek lebih dari satu jam untuk turun ke bawah selepas dia dipercayai bersembunyi di atas pokok.

 

Mengikut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai memecah masuk pejabat agensi kerajaan terbabit kira-kira jam 9 malam selepas pengawal keselamatan menyedarinya.

 

Pengawal keselamatan itu memaklumkan suspek melarikan diri dan memanjat sebatang pokok kayu ara di kawasan bangunan tersebut untuk menyembunyikan diri.

 

Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan dan mendapati suspek masih berada di atas pokok berkenaan,

 

Disebabkan kedegilan penganggur itu, pihak polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia untuk memujuknya.

 

Mohd Zaidi berkata, suspek pada awalnya berdegil dan tidak mahu turun kerana bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.

 

Selepas sejam dipujuk oleh anggota polis dan bomba, suspek akhirnya akur dan menyerah diri.

 

Siasatan lanjut bagaimanapun dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment