Bekas Suami Dah Ada Kekasih Baru, Wanita Bertindak Melemaskan 5 Orang Anak – Manis Madu
Bekas Suami Dah Ada Kekasih Baru, Wanita Bertindak Melemaskan 5 Orang Anak

Bekas Suami Dah Ada Kekasih Baru, Wanita Bertindak Melemaskan 5 Orang Anak

Seorang ibu di Jerman dituduh membunuh lima dari enam orang anaknya di bilik mandi.

 

Christiane K, 28, dituduh membunuh lima anaknya, berusia antara satu hingga lapan tahun, setelah memberi mereka ubat dengan dos yang tinggi di Solingen September lalu.

 

Menurut laporan Daily Mail, wanita itu dipercayai mencampurkan ubat ke dalam minuman untuk sarapan anak-anaknya bagi membuat mereka mengantuk, sebelum melemaskan mereka di dalam tab mandi.

 

Christiane hari ini dihadapkan di Mahkamah Daerah di Wuppertal, Jerman, walaupun ibu dari enam anak itu tidak berbicara dan tidak memberi sebarang keterangan

 

Christiane K mendakwa dia tidak bersalah dan mengatakan ada seorang lelaki bertopeng memasuki flat itu dan membunuh anak-anaknya.

 

Menurut pendakwa raya, hasil dari siasatan tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong kenyataan wanita itu. Motif pembunuhan masih belum jelas.

 

Dia dituduh membunuh anak-anaknya atas kerana dendam keatas bekas suami yang telah menemui kekasih baru.

 

Mayat tiga anak perempuan Christiane berusia satu, dua, tiga, dan dua anak lelaki berusia enam dan lapan tahun ditemui di flat keluarga di North Rhine-Westphalia pada 3 September.

 

Dalam pada itu, Pendakwa raya menuduh Christiane K melakukan pembunuhan dengan berniat jahat, dan mengatakan bahawa dia mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anak.

 

Keluarga itu berada dalam pengawasan perkhidmatan sosial tetapi tidak ada petunjuk bahawa anak-anak itu dalam keadaan bahaya.

 

Sumber Gambar: Daily Mail

Post a Comment