Kanak-Kanak Antara Mangsa Tragedi Stesen Minyak Meletup Di Rusia – Manis Madu
Kanak-Kanak Antara Mangsa Tragedi Stesen Minyak Meletup Di Rusia

Kanak-Kanak Antara Mangsa Tragedi Stesen Minyak Meletup Di Rusia

Mengerikan! Itulah gambaran Madu terhadap insiden letupan stesen minyak yang berlaku di Akademgorodok dekat Novosibirsk, Rusia lapor Daily Star.

 

Kejadian itu turut menyebabkan enam individu termasuk seorang kanak-kanak mengalami kecederaan.

 

Jumlah kecederaan sejak itu meningkat menjadi 16 sementara laporan mengatakan kebakaran meliputi kawasan seluas 5,381 kaki persegi.

kebakaran meliputi kawasan seluas 5,381 kaki persegi

Sumber Gambar: Daily Star

Proses memadamkan kebakaran tidak dapat dilakukan dengan baik kerana letupan yang tidak putus-putus berlaku berpunca daripada gas serta tangki bahan bakar.

 

Dalam video yang dirakam orang awam, kedengaran suara teriakan dan jeritan. Tingkap kediaman juga dilaporkan hancur.

 

Difahamkan, penduduk setempat turut dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

 

Menurut saksi kejadian, letupan itu turut mengakibatkan api merebak ke sebuah lagi stesen minyak berdekatan.

 

Seorang saksi lain berkata: “Kawasan itu penuh dengan ambulans dan mereka yang datang untuk melihat kebakaran juga terbakar.

 

“Salah satu letupan berlaku ketika jentera bomba pertama sampai ke tempat kejadian. Saya harap anggota bomba itu masih hidup.”

Post a Comment