Berang Tidak Terima Harta Sepencarian, Wanita Roboh Rumah Bekas Suami – Manis Madu
Wanita Roboh Rumah Bekas Suami Bersama Isteri Baharu

Berang Tidak Terima Harta Sepencarian, Wanita Roboh Rumah Bekas Suami

Penceraian antara sepasang suami isteri di Indonesia gagal mencari jalan penyelesaian tetapi telah menimbulkan sengketa yang semakin buruk apabila kedua-duanya berbalah tentang harta sepencarian.

 

Laporan daripada Kosmo!  menceritakan lelaki yang dikenali sebagai Kusnan, 50, dikatakan tidak mampu membayar harta sepencarian berjumlah 30 juta rupiah (RM8,569) seperti dituntut bekas isterinya.

 

Dek kerana berang, wanita berkenaan mengupah beberapa lelaki untuk merobohkan rumah bekas suaminya yang terletak di mukim Trowulan dalam wilayah Jawa Timur baru-baru ini.

Rumah yang dirobohkan pada Ahad lalu itu didiami oleh Kusnan bersama isteri baharu dan dua anaknya.

 

Menurut Kusnan, rumah tersebut dirobohkan atas persetujuan bersama sesuai syaratnya kepada bekas isteri jika dia gagal melunaskan bayaran harta sepencarian tersebut.

 

Kusnan terpaksa bersetuju rumah itu dirobohkan kerana tidak mampu membayar jumlah yang diminta bekas isterinya.

 

“Saya dipanggil ke dewan perbincangan kampung bagi membincangkan tuntutan bekas isteri.

 

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dan bekas isteri kemudian meminta rumah itu dirobohkan sahaja,” katanya.

 

Difahamkan, rumah tersebut sudah diwariskan kepada anak sulung hasil perkahwinan dengan bekas isteri dan dia berasa kesal kerana rumah tersebut telah dirobohkan.

 

Lebih menyedihkan, dia dan isteri baharunya terpaksa membina pondok kecil di sebelah tapak rumah yang roboh sebagai tempat tinggal.

 

“Saya tidur di pondok itu bersama isteri dan ia sangat sempit,” kata Kusnan.

Post a Comment