Wanita Dipercayai Kemurungan Terjun Sungai Kelantan – Manis Madu
Wanita Dipercayai Kemurungan Terjun Sungai Kelantan (1)

Wanita Dipercayai Kemurungan Terjun Sungai Kelantan

Menurut laporan HMetro, seorang wanita dipercayai mengalami kemurungan bertindak terjun sungai di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, awal pagi tadi.

 

Namun, wanita berusia 29 tahun itu berjaya diselamatkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa dilihat berdiri di atas penghadang jambatan oleh orang awam.

 

“Pemandu kereta yang kebetulan melalui kawasan itu memberhentikan kenderaannya dan cuba memujuk mangsa serta menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

 

“Bagaimanapun mangsa bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan namun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya.

 

Abdul Rahim berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu pembekal makanan itu mengalami masalah kemurungan dan tekanan perasaan yang tidak diketahui puncanya.

 

Hasil soal siasat mendapati, mangsa tidak pernah mengalami masalah mental dan tidak dirujuk ke hospital.

 

“Menurut keluarganya, mangsa dalam proses pemulihan melalui cara perubatan tradisional dan rawatan Islam.

 

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan akan dirujuk kepada Jabatan Psikiatri.

 

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian,” katanya.

Post a Comment