Bersedia Untuk Shopping, Daiso Dah Ada Online Store!
Habislah, kaki online shopping akan terperangkap di Online Stores Daiso via Shopee.
Orang selalu kata, kedai Daiso ini berhantu. Kenapa? Kalau masuk sahaja kedai Daiso, memang tak sah kalau tak beli apa-apa. Ada jer benda yang nak dibeli.
Walaupun risau duit akan melayang nanti, Madu rasa ini antara inisiatif terbaik pihak Daiso untuk melancarkan kedai dalam talian semasa musim Covid-19 ini. Tak perlu lagi bersesak-sesak dalam kedai sebab nak shopping.
Dah alang-alang artikel ini menjemput Maduners untuk membeli-belah, cuba tengok tweet ini. Hampir kesemua barangan yang disenaraikan memang function betul!
Daiso – what to buy?
(thank you everyone in this thread ♥️)
— naz | skincarebazaar (@nazurah_ar) July 6, 2020
Harini cuci washing machine pula! Korang tau tak dalam washing machine korang tu pon kena cuci juga sebenarnya? Pakai serbuk washing machine cleaner ni je nanti habis keluar kotoran2 dlm tu 🤢 pic.twitter.com/8CT7R4UGdU
— Pja busy main Animal Crossing (@pja_chan) July 4, 2020
Lepas baca thread ini, baru terfikir nak bersihkan mesin basuh. Selama ini ingatkan bersih jer dalam tu.
I try cuci tudung putih yang ada make up stains pakai puff sponge detergent from Daiso. Basahkan tempat kotor tu, tuang sikit detergent dekat tempat kotor pastu gosok2 pakai kain tudung je. I tak sental pakai berus sebab nak jaga kain tudung.
Few seconds je dah bersih gila! 🤩 pic.twitter.com/dW5IZfc3PI
— Pja busy main Animal Crossing (@pja_chan) July 1, 2020
Haa, ini pula untuk gegirls. Puff Sponge Detergent berjenama Daiso ini pula bukan sahaja boleh membersihkan beauty blender, malahan boleh menanggalkan kesan make-up pada tudung. Yang ini memang must-have!
Menurut SAYS, setiap pembelian akan dikenakan bayaran untuk penghantaran. Tapi Madu pun dah periksa sendiri, tak mahal pun! Berpatutan sebab kita shopping pun dari rumah sahaja.
Jadi, Maduners dah sedia nak habiskan duit? Klik link ini untuk terus ke halaman Daiso di Shopee https://shopee.com.my/daiso.os . Thank me later!