WHO Beri Amaran Jangan Ambil Paracetamol Sebelum Divaksin! – Manis Madu
WHO Beri Amaran Jangan Ambil

WHO Beri Amaran Jangan Ambil Paracetamol Sebelum Divaksin!

Individu berumur 18 tahun ke atas adalah had umur yang dibenarkan untuk menerima vaksin Covid-19 di Malaysia. 

 

Lazimnya, selepas mendapat vaksin terdapat kesan sampingan yang akan dilalui penerima vaksin.

 

Tapi apa yang Madu perasan, kesan sampingan ini adalah berbeza mengikut individu. Ada jerr yang tiada kesan sampingan langsung selepas vaksin di samping mereka yang mendapat kesan sampingan teruk.

 

Bagi mereka yang mendapat kesan sampingan selepas divaksin, antara gejalanya adalah demam, muntah termasuk sakit-sakit badan. 

 

Selepas divaksin, bila dapat semua gejala ini, perlu tak Maduners dapatkan ubat penahan sakit (pain killers) untuk meredakan sakit? Boleh jika ada simptom SELEPAS divaksin.

 

Menurut laporan ABP Live, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa penggunaan ubat penghilang rasa sakit SEBELUM vaksin Covid-19 tidak digalakkan. 

 

Ini adalah untuk mencegah kemungkinan kesan sampingan, kerana boleh mempengaruhi keberkesanan vaksin.

vaccination

Apa yang perlu dilakukan jika seseorang mengalami kesan sampingan selepas vaksinasi?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ubat penghilang rasa sakit atau parasetamol boleh digunakan setelah vaksinasi untuk mengawal kesan sampingan seperti sakit, demam, sakit kepala, atau sakit otot, tetapi tidak sebelum vaksinasi.

Jangan ambil sebarang ubat tahan sakit sebelum divaksin.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia bertindak mengeluarkan kenyataan itu setelah beberapa kenyataan palsu disebarkan di serata media sosial. 

 

Menurut sebaran palsu di media sosial, ia menyarankan untuk mengambil ubat penahan sakit sebelum mendapatkan vaksin Covid-19 untuk mengelakkan kesan sampingan.

 

“Bagi mengelakkan kesan sampingan, tidak digalakkan mengambil paracetamol sebelum mendapat vaksin Covid-19. Walau bagaimanapun, jika berlaku kesan sampingan seperti sakit kepala, demam, sakit otot atau lain-lain anda boleh mengambil ubat penahan sakit atau paracetamol selepas vaksinasi,” kata jurucakap dari WHO.

 

Kesimpulannya, Maduners boleh ambil ubat tahan sakit atau panadol selepas divaksin tetapi elakkan atau jangan ambil sebarang ubat penahan sakit sebelum vaksin.

Post a Comment