Betul Ke Remy Ishak Nak Bagi Percutian Ke Grand Lexis? Bertuah Betul Siapa Yang Menang!
Madu rasa ramai jerr yang ada akaun TikTok sekarang? Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat join #OriginaGrooveChallenge.
Selalu bila ada tarian yang viral, terus kita akan buka aplikasi TikTok dan join cabaran TikTok! Ada cabaran yang siap boleh menang hadiah menarik.
Ha! Cakap pasal hadiah menarik dan cabaran TikTok viral, Origina pun tak ketinggalan nak buat tarian yang viral sekarang. Maduners yang suka minum susu kurma, teh tarik, susu coklat, jus buah dan lain-lain lagi mesti kenallah dengan jenama Origina!
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi, Origina dah buat satu challenge untuk semua TikTokers di luar sana.
Origina Groove Challenge!
Ekspresikan gerak geri groove yang menarik dalam Origina Groove Challenge ini dan berpeluang memenangi hadiah menarik guys! Gitewww!
Cabaran ini bermula pada 25 Ogos sehingga 15 September 2020 dan 3 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk menang hadiah premium daripada Origina. Pemenang akanย diumumkan pada 16 September 2020.
Cara Nak Sertai Origina Groove Challenge
Nak sertai dance challenge ini mudah saja sebenarnya. Ikut langah-langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke akaun TikTok rasmi Origina_hq dan jangan lupa follow!
Langkah 2: Menari seperti kami dan post bersama tanda pagar #OriginaGrooveChallenge #FYP #foryourpage #TikTokMalaysia
Langkah 3: Pemenang akan dipilih dan tunggu pengumuman pemenang pada 16 September 2020 di Rotikaya, ManisMaduMY, IG & TikTok Origina_hq.
Mudah sajakan? Tiga langkah mudah terus melayakkan Maduners untuk menjadi antara pemenang Origina Groove Challenge ini!
Hadiah Menarik!
Daripada tadi sembang mengenai hadiah yang bakal dimenangi jadi apa hadiahnya? Jeng jeng, jeng! Mereka yang bertuah akan memenangi percutian di Grand Lexis! Whoop whoop!
Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita grooving! ~Rasa nak minum, nak minum, pilihlah Origina!