Biar Anak Main Telefon, Tiba-Tiba Televisyen 86 Inci Sampai Depan Rumah!
Di zaman serba moden ini, memang mudah untuk membeli belah kerana semuanya hanya di hujung jari! Tekan-tekan saja telefon bimbit, esoknya dah sampai depan rumah.
Sehubungan dengan itu, baru-baru ini tular di media sosial apabila video memaparkan dua gelagat kanak-kanak sedang menangis kerana secara tidak sengaja membeli sebuah televisyen!
๐๐๐๐ they ordered that Tv on their mums Phone and account and it came ๐๐๐ pic.twitter.com/51bFob2O56
โ Maliks 14/09/15/21 (@maliks_88) March 25, 2022
Kejadian yang berlaku di luar negara itu telah mencuit hati warganet kerana si cilik itu dikatakan telah menggunakan telefon bimbit ibu mereka dan โtak sengajaโ telah memesan sebuah televisyen!
Dalam video tersebut, kedua kanak-kanak itu dilihat sedang menangis sambil menekup muka kerana dimarahi ibu mereka. Turut terlihat sebuah televisyen bersaiz mega di sisi dipercayai โbahan buktiโ pembelian.
Difahamkan, televisyen jenama LG itu bersaiz 86 inci dan berharga sekitar RM10,000 dan pastinya telah mengundang kemarahan si ibu.
Namun, sebenarnya video tersebut hanyalah untuk โcontentโ dan hiburan semata-mata namun pengajaran di sebalik video tersebut adalah ibu bapa perlu mengawasi kelakuan anak-anak demi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.