Muat Naik Gambar Anjing Peliharaan Dapat 19 Juta Tanda Suka, Taehyung Buktikan Dia ‘Raja Media Sosial’ – Manis Madu
Muat Naik Gambar Anjing Peliharaan Dapat 19 Juta Tanda Suka, Taehyung Buktikan Dia ‘Raja Media Sosial’

Muat Naik Gambar Anjing Peliharaan Dapat 19 Juta Tanda Suka, Taehyung Buktikan Dia ‘Raja Media Sosial’

Mungkin kedengaran agak lucu, namun itulah yang terjadi kepada penyanyi popular Taehyung atau V apabila gambar anjing peliharaannya mendapat perhatian luar biasa.

V cukup dikenali sebagai artis yang memiliki kuasa media sosial paling kuat apabila memecah rekod sebagai selebriti paling cepat menerima jumlah pengikut Instagram sebanyak sejuta dalam masa 43 minit selepas akaun tersebut dibuka pada 6 Disember tahun lalu.

 

Kali ini, dia sekali lagi memecah rekod apabila dimasukkan dalam senarai hantaran Instagram paling banyak menerima tanda suka peringkat global.

 

Status Taehyung mengenai anjing peliharaan kesayangannya, Yeontan kini merupakan status pertama dan satu-satunya daripada orang Asia yang mendapat lebih 19 juta tanda suka di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by V (@thv)

Memetik laporan Allkpop, Taehyung mencapai angka itu dengan kurang daripada 40 juta pengikut akaunnya yang baru sahaja berusia tiga bulan.

 

Angka itu juga mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih daripada 60 juta pengikut namun ‘engagement’ dilihat lebih rendah.

 

Taehyung juga merupakan individu ke-10 yang melepasi rekod tersebut, sama yang pernah dilakukan selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.

Post a Comment