Biar Anak Main Telefon, Tiba-Tiba Televisyen 86 Inci Sampai Depan Rumah! – Manis Madu
Biar Anak Main Telefon, Tiba-Tiba Televisyen 86 Inci Sampai Depan Rumah!

Biar Anak Main Telefon, Tiba-Tiba Televisyen 86 Inci Sampai Depan Rumah!

Di zaman serba moden ini, memang mudah untuk membeli belah kerana semuanya hanya di hujung jari! Tekan-tekan saja telefon bimbit, esoknya dah sampai depan rumah.

 

Sehubungan dengan itu, baru-baru ini tular di media sosial apabila video memaparkan dua gelagat kanak-kanak sedang menangis kerana secara tidak sengaja membeli sebuah televisyen!

Kejadian yang berlaku di luar negara itu telah mencuit hati warganet kerana si cilik itu dikatakan telah menggunakan telefon bimbit ibu mereka dan โ€˜tak sengajaโ€™ telah memesan sebuah televisyen!

 

Dalam video tersebut, kedua kanak-kanak itu dilihat sedang menangis sambil menekup muka kerana dimarahi ibu mereka. Turut terlihat sebuah televisyen bersaiz mega di sisi dipercayai โ€˜bahan buktiโ€™ pembelian.

 

Difahamkan, televisyen jenama LG itu bersaiz 86 inci dan berharga sekitar RM10,000 dan pastinya telah mengundang kemarahan si ibu.

 

Namun, sebenarnya video tersebut hanyalah untuk โ€˜contentโ€™ dan hiburan semata-mata namun pengajaran di sebalik video tersebut adalah ibu bapa perlu mengawasi kelakuan anak-anak demi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Post a Comment