Curiga Lihat Budak Menangis Ketika Didukung, Lelaki Berani Berjaya Hentikan Cubaan Culik – Manis Madu
Curiga Lihat Budak Menangis Ketika Didukung, Lelaki Berani Berjaya Hentikan Cubaan Culik

Curiga Lihat Budak Menangis Ketika Didukung, Lelaki Berani Berjaya Hentikan Cubaan Culik

Tular di media sosial baru-baru ini apabila rakaman seorang lelaki dengan beraninya menegur tindakan seorang lelaki yang dicurigai sedang melakukan cubaan culik.

 

Tindakan berani lelaki berkenaan berjaya mematahkan cubaan culik seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang baru pulang dari sekolah ketika itu.

Menurut laporan mStar, penculik berkenaan mengajak kanak-kanak tersebut menumpang motosikalnya untuk dihantar pulang ke rumah.

Saksi kejadian berkenaan, Mohd Zuwairi yang ketika itu secara kebetulan berada di tempat kejadian dengan tujuan asal untuk mengambil telefon bimbitnya yang telah dibaiki merasa curiga melihat mangsa didukung sambil menangis.

 

Berbekalkan naluri seorang bapa, Mohd Zuwairi bertindak menegur penculik berkenaan dan berjaya menyelamatkan mangsa daripada diculik.

kanak-kanak-berumur-7-tahun-yang-hampir-diculik-ini-berlaku-di-hadapan-restoran-makanan-segera-di-Taman-Kota-Masai

Untuk info tambahan, kejadian kanak-kanak berumur 7 tahun yang hampir diculik ini berlaku di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.

Post a Comment