Wanita Hamil & Ibu Menyusu Dalam Dilema, Perlu Ambil Vaksin Atau Utamakan Keselamatan Anak? – Manis Madu
Wanita Hamil & Ibu Menyusu Dalam Dilema

Wanita Hamil & Ibu Menyusu Dalam Dilema, Perlu Ambil Vaksin Atau Utamakan Keselamatan Anak?

Menurut sumber daripada berita Bernama, sejak vaksin Covid-19 mula memasuki Malaysia baru-baru, timbul pelbagai isu, kekeliruan, berita palsu dan lain-lain berkaitan dengannya.

 

Antara perkara hangat diperdebatkan adalah pengambilan vaksin bagi wanita hamil dan ibu menyusu. Macam-macam versi kita dapat lihat pandangan dan hujah di alam maya.

wanita hamil

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, penilaian terkini menunjukkan tiada data yang mengatakan vaksin ini berbahaya kepada golongan wanita hamil serta ibu yang menyusukan anaknya.

newborn baby

Namun, kenyataan ini tidak selari dengan cadangan dasar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpendapat bahawa vaksin jenis Pfizer-BioNTech mRNA selamat dan berkesan tetapi tidak disyorkan kepada beberapa populasi spesifik.

 

Populasi tersebut termasuk mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk, wanita hamil, pelancong antarabangsa yang bukan sebahagian daripada kumpulan diutamakan serta kanak-kanak di bawah 16 tahun.

 

Dr Chong menjelaskan, “Kenyataan ini tidak salah berdasarkan data yang ada pada masa itu dan dasar Kementerian Kesihatan adalah vaksin yang digunakan betul-betul selamat bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.

 

“Memandangkan vaksin ini adalah vaksin baru dan masih terdapat data kajian klinik yang masih belum diketahui sepenuhnya. Pakar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan panduan termasuk adakah vaksin boleh diberikan kepada kumpulan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi,”

 

Dr Chong menasihati wanita hamil dan ibu yang masih menyusukan bayi yang mahu mengambil vaksin agar mendapatkan nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu.

 

Tambah beliau, golongan ini juga perlu dinilai terlebih dahulu apakah risiko mereka terhadap jangkitan Covid-19 sekiranya mereka menjadi penerima vaksin.

Post a Comment