Bosan Duduk Rumah? Kena Cuba 3 Resipi Menarik Cornflakes Untuk Kudapan – Manis Madu
Jom Cuba Resepi Menarik Cornflakes Untuk Kudapan

Bosan Duduk Rumah? Kena Cuba 3 Resipi Menarik Cornflakes Untuk Kudapan

Ada yang tengah susah hati ke tu kena duduk di rumah? Yela memandangkan PKP 3.0 kan dah bermula. Mesti Maduners tengah fikir apa yang nak buat sepanjang perintah kawalan pergerakan ini kan?

 

Kalau awal PKP dulu korang sibuk dengan air Dalgona Coffee, Milo, dan roti katak, apa kata kali ini kita cuba buat biskut-biskut pula. Bolehlah Maduners kunyah-kunyah bila bosan di rumah nanti!

 

So, hari ini menu biskut yang Miera akan kongsikan ini menggunakan satu bahan utama yang sangat familiar dan pastinya menjadi kesukaan semua golongan umur iaitu Cornflakes.

#Cornflakes Madu

cornflakes-madu

Untuk menu cornflakes kita yang pertama dan yang terpaling mudah ini tidak lain tidak bukan adalah cornflakes madu. Siapa jer uols yang tak tahu cornflakes madu?

 

Bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat cornflakes madu ialah:

  • 5 cawan cornflakes
  • l/4 cawan madu
  • 1 ½ sudu besar gula
  • 1/4 cawan mentega
  • Buah campur atau taburan manik sebagai topping.

 

Cara memasak: 

 

  1. Cara membuatnya pertama sekali sudah pastinya korang kena panaskan kuali dulu. Bila kuali dah panas, masukkan mentega ke dalam kuali dengan api yang kecil sahaja.
  2. Selepas mentega sudah dicairkan korang boleh lah masukkan gula dan madu yang sudah di sukat tadi sehingga sebati. Jangan lupa untuk masukkan bahan utama korang iaitu cornflakes 
  3. Bila cornflakes dan mentega yang dicairkan tadi sudah disalut dengan sempurna, Maduners dah boleh sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan atas cornflakes madu itu dengan buah campuran, chocolate rice atau apa-apa jer yang korang suka mengikut kreativiti sendiri.
  4. Bakar cornflakes madu tadi selama 10 ke 15 minit dengan suhu 150 darjah celcius supaya cornflakes madu korang rangup dan krup krap! 

#Biskut Almond Cornflakes Crunchy

Bagi resepi ini juga tidaklah terlalu sukar, Maduners memerlukan:

 

  • 250 gram buttercup yang sudah dilembutkan. (Jangan baru keluar dari tempat beku korang terus pakai pulak, nanti susah nak adun).
  • ¾ cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 2 tbs esen vanilla
  • 1 cawan tepung jagung
  • ¾ cawan tepung gandum
  • ½ sudu serbuk penaik
  • ½ cawan badam
  • 1 cawan cornflakes ( sudah diramas atau dihancurkan).

 

Cara penyediaan:

 

  1. Maduners perlu mula blend kan sekali bahan basah iaitu gula icing dan butter secara perlahan sahaja sampai dia kembang sebelum masukkan kuning telur satu per satu. Lajukan sedikit kelajuan blender korang itu kemudian masukkan esen vanilla.
  2. Tepung jagung, tepung gandum dan serbuk penaik korang kena ayak dulu tau sebelum dicampurkan dengan bahan basah. Ini bertujuan untuk mengasingkan tepung yang berketul dan kotor.
  3. Kisarkan badam yang Maduners dah sediakan tadi tetapi jangan terlalu halus ya, nanti tak rasa pula badamnya. Kemudian goreng di atas api tanpa minyak dalam 2 minit. 
  4. Masukkan badam yang digoreng dan cornflakes yang dah diramas dalam adunan yang dicampurkan tadi. Gaulkan kesemua bahan itu sehingga ia betul-betul sebati. Letakkan dalam peti sejuk selama 40 minit hingga satu jam.
  5. Sementara itu korang dah boleh dah panaskan ketuhar dengan suhu 180 celcius. Bila adunan dah sejuk barulah korang boleh bulatkan adunan tersebut dan salut dengan cornflakes yang korang ramas tadi.
  6. Masukkan dalam ketuhar selama 25 minit sampai dia masak sebelum sedia dihidangkan!

#Biskut Cornflakes Susu

cornflakes-susu

Resepi terakhir untuk hari ini ialah biskut cornflakes madu. Macam biasa sebelum buat biskut atau kuih-muih Maduners kena sediakan bahan-bahan dulu.

 

Bahan-bahan untuk cornflakes susu ini ialah:

  • 250 gram cornflakes
  • 250 gram marjerin
  • 100 gram gula
  • 50 gram susu pekat manis
  • 300 gram tepung naik sendiri.

 

Cara untuk buat cornflakes susu ini:

 

  1. Korang perlu pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kalau tengok macam dah kembang baru korang masukkan susu pekat manis.
  2. Selepas itu masukkan pula tepung dan cornflakes kemudian gaul hingga sebati. Korang boleh bentuk adunan tersebut mengikut citarasa tersendiri ok!
  3. Sebelum dibakar, korang juga boleh taburkan lebihan cornflakes tadi ke atas adunan supaya tak membazir. Bakar biskut cornflakes selama 20 minit dengan suhu yang sederhana.

 

Haa mudah jer kan resepi cornflakes ini, cuma rajin atau malas jer nak buat betul tak? Kalau Maduners nak Miera kongsikan lagi resepi-resepi cornflakes yang mudah dan menarik korang kena tunggu ok! 

 

Selamat mencuba.

Post a Comment