Viral! Resipi Mochi Milo TikTok Buat Ramai Tak Keruan! Memang Ringkas Gila! – Manis Madu
Resipi Mochi Milo TikTok Buat Ramai Tak Keruan

Viral! Resipi Mochi Milo TikTok Buat Ramai Tak Keruan! Memang Ringkas Gila!

Hakikatnya, harga mochi dekat luar sana memang agak mahal harganya dan saiz dia kecil pulakan?

 

Jadi hari ini Fazlan nak ajarkan resipi buat mochi yang sangat ringkas,sedap, dan boleh buat ikut saiz yang kita nak!

 

Paling penting, mochi ini perisa milo, nyum nyum nyum!

 

Baik, di bawah Fazlan dah sediakan resipinya!

RESIPI MOCHI MILO

1/3 Cawan Whipping Cream

1 Sudu Gula

1 Sudu Milo

 

  • Semua bahan di atas kita pukul hingga teksturnya jadi pekat likat!
  • Kemudian kita ambil sudu dan bentukkan besar mana kita nak mochi kita tadi tau!

 

60g Tepung Pulut

30g Gula

100ml Air Mineral

 

Cara Memasak: 

 

  • Gaulkan bahan di atas dan masukkan dalam microwave selama satu minit rehatkan dan masukkan lagi dalam microwave selama seminit.
  • Kemudian sekali lagi masukkan dalam microwave untuk kali terakhir selama 30 saat.
  • Gaulkan bahan tadi dengan sedikit tepung jagung kemudian potongkan campuran tepung pulut tadi kepada saiz mochi yang kita mahukan.
  • Ambil semula campuran whipping cream tadi kemudian balutkan dengan campuran tepung pulut kita tadi sebagai inti utama.
  • Selepas selesai proses masukkan inti, golekkan mochi berinti tadi ke dalam serbuk milo dan tadaaa siap untuk dimakan!

 

Di bawah Fazlan ada sediakan sekali video!

@audreysaurusReply to @ligier here’s some milo mochi for you #aussieaussieaussie♬ things will change – Rook1e

Sumber: TikTok audreysaurus

Post a Comment