Britney Spears Gagal Bebaskan Diri Daripada Bapa – Manis Madu
Permohonan Bebaskan Diri Daripada Bapa, Britney Spears Gagal

Britney Spears Gagal Bebaskan Diri Daripada Bapa

Permohonan bintang pop, Britney Spears untuk mengetepikan bapa, Jamie Spears sebagai penjaga kebajikannya telah ditolak sebuah mahkamah di Los Angeles sejak sebulan lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Britney Spears (@britneyspears)

Hal itu disahkan ketika Spears cuba memfailkan permohonan baru bagi tujuan itu.

 

Memetik laporan Kosmo!, keputusan rasmi Rabu lalu itu tiada kaitan dengan rayuan Spears pada minggu lalu untuk mengakhiri apa yang disifatkan olehnya sebagai ‘pencabulan hak penjagaan’. 

 

Penyanyi berumur 39 tahun itu memberitahu mahkamah bahawa dia diarah mengambil ubat yang banyak, dilarang membuat keputusan mengenai persahabatan atau hal kewangan dan dicegah daripada mengeluarkan implan kontraseptif walaupun menginginkan lebih ramai anak.

 

Peguam Spears masih belum mengemukakan petisyen rasmi untuk menamatkan hak penjagaan tersebut, manakala keputusan Mahkamah Tinggi Los Angeles itu tidak mengambil kira keterangan yang diberikan baru-baru ini.

 

Sebaliknya, keputusan itu berkenaan permohonan peguam Spears pada tahun lalu untuk menambahkan firma pengurusan kekayaan, Bessemer Trust sebagai penjaga dan membatalkan hak yang diberikan kepada ayahnya, Jamie Spears.

 

Hakim bagaimanapun memutuskan bahawa Jamie Spears tetap diisytihar penjaga harta anak perempuannya bersama Bessemer Trust.

 

“Permintaan konservator untuk mengetepikan segera James Spears dan melantik Bessemer Trust Company of California sebagai satu-satunya penjaga harta Britney Spears ditolak tanpa prejudis,” kata Hakim Brenda Penny dalam pengadilannya.

 

Jamie Spears menguruskan hal ehwal kewangan dan kehidupan peribadi anaknya selepas Brtiney mengalami kemurungan lebih satu dekad lalu.

 

Perkara tersebut sekali gus mendorong sebilangan peminat penyanyi itu melancarkan kempen ‘Bebaskan Britney’ secara online sejak beberapa tahun lalu.

Post a Comment