3 Jenis Cincin Berlian Termahal Di Dunia! Cantik Tapi Belum Tentu Boleh Memiliki! – Manis Madu
Cincin Berlian Termahal Di Dunia

3 Jenis Cincin Berlian Termahal Di Dunia! Cantik Tapi Belum Tentu Boleh Memiliki!

Wanita sememangnya mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk tampil lebih cantik dan berseri-seri.

 

Cincin adalah perhiasan yang biasa digunakan bagi wanita bukan sahaja sebagai lambang pertunangan atau tanda milik seseorang sahaja tetapi juga digunakan sebagai penaik seri.

cincin berlian

Pelbagai bentuk, saiz, jenama dan warna yang boleh Maduners dapati kalau berkunjung ke kedai aksesori. 

 

Tetapi tahukah Maduners bahawa tidak semua bentuk cincin yang korang nampak itu boleh dimiliki. 

 

Memiliki perhiasan yang mahal dan bernilai tinggi sememangnya dilihat sangat hebat dan menakjubkan. 

 

Hari ini Miera akan kongsikan antara cincin yang termahal di dunia dan sebab harganya boleh mencecah jutaan ringgit.

#Chopard Blue Diamond 

chopard blue diamond ring

Korang pernah dengar tak jenama Chopard ini? Kalau korang nak tahu cincin berlian biru Chopard ini adalah antara  salah satu cincin yang paling mahal di dunia!   

 

Harga bagi sebentuk cincin itu sahaja sudah mencecah RM 69.62 Juta! Wow! Memang sangat gila kan? 

 

Apa yang membuatkan cincin  biru berbentuk bujur ini mahal adalah disebabkan berlian biru yang digunakan adalah sangat eksklusif dan pastinya menjadi impian ramai orang.

 

Dah nama pun berlian uolss! Mana ada orang jual seringgit dua. Siapa yang memiliki cincin ini mesti orang akan pandang jer kalau dia keluar kan?

#The Perfect Pink

perfect pink diamond

Warna merah jambu pastinya menjadi lambang bagi wanita dan Miera yakin mana-mana wanita yang melihat cincin pink ini pasti akan terpesona.

 

Silap-silap bukan wanita jer terpesona, lelaki pun akan turut terpesona kalau melihatnya.

 

Cincin yang diberi nama the Perfect Pink ini merupakan cincin yang sangat unik dengan harganya RM99.3 Juta. 

 

Cincin ini juga mempunyai berlian merah jambu yang jernih dan bentuknya yang menarik.

#The Graff Pink

THE-GRAFF-PINK-DIAMOND-RING1

Ini adalah salah satu cincin berlian yang ramai juga minat selain  dari berlian biru.

 

Cincin ini dikatakan cincin termahal yang menduduki tempat kedua di dunia dengan harga RM197.8 Juta! 

 

The Graff Pink ini merupakan hasil tangan pereka terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Harry Winston.

 

Mempunyai berlian merah jambu sebanyak 24.78 karat dan dipotong dengan potongan segi empat tepat merupakan rekaan yang sangat menarik.

 

Cincin ini juga dikatakan telah dibeli oleh salah seorang pengumpul barang kemas iaitu Laurence Graff dengan harga RM7.92 Juta bagi setiap karat.

Sebenarnya banyak lagi cincin berlian yang mahal yang harganya tidak masuk dek akal.

 

Mungkin orang-orang dari kayangan sahaja yang boleh memiliknya. 

 

Tapi Maduners jangan risau, Maduners boleh jer teruskan bermimpi untuk memiliki salah satu cincin di atas tapi kalau berusaha kerja dengan keras dan bijak mungkin satu hari nanti anda akan sarung cincin-cincin tersebut!

Sumber Gambar: inf.new, Christies, Syncitout

Post a Comment