Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PdPR Pelajar Ini Patut Jadi Contoh! – Manis Madu
Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PdPR Pelajar Ini Patut Jadi Contoh

Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PdPR Pelajar Ini Patut Jadi Contoh!

Suasana pandemik bukanlah penghalang buat sektor pendidikan tetap berjalan agar generasi kini kekal mendapat pendidikan sama seperti berada di sekolah secara bersemuka.

Young cute elementary aged girl with headphones on looking at a laptop

Meskipun tidak sama dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan. 

 

Perkara ini dibuktikan melalui usaha seorang pelajar lelaki yang mendapat perhatian warganet apabila dia sanggup menyempurnakan tugasan PdPR walaupun terpaksa melakukannya sewaktu cuaca hujan.

 

Hasil tugasan PdPR kanak-kanak lelaki berkenaan dimuat naik oleh guru Bahasa Inggerisnya di laman Twitter.

Menurut gurunya, Muhammad Nazmi, kanak-kanak tersebut dikehendaki menyelesaikan tugasan karangan berkaitan laporan cuaca dan aktiviti pengucapan Bahasa Inggeris namun apa yang menarik perhatian adalah ‘extra effort’ yang ditunjukkan pelajar berkenaan meskipun dalam tempoh PdPR serta cuaca yang kurang baik.

 

Dalam video berkenaan, dilihat kanak-kanak tersebut menyampaikan tugasan dengan membawa gaya liputan cuaca sewaktu hujan seperti benar-benar dalam televisyen.

 

Dia dilihat sangat yakin sambil memegang mikrofon dan payung ditambah pula dengan hasil suntingan yang layak diberi pujian! Difahamkan, video berkenaan dirakam dengan bantuan ibu serta abangnya.

 

Muhammad Nazmi memuat naik video tersebut di laman Twitter nya sebagai tanda untuk menghargai hasil kerja murid tersebut dengan harapan dapat dijadikan sumber inspirasi serta tatapan rakyat Malaysia.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian kepada kanak-kanak lelaki tersebut kerana usaha dan komitmen yang tinggi ditunjukkannya dalam pelajaran.

Post a Comment