Nasib Malang, Wanita Maut Ketika Jalani Pembedahan Plastik – Manis Madu
Nasib Malang, Pempengaruh di Rusia

Nasib Malang, Wanita Maut Ketika Jalani Pembedahan Plastik

Pembedahan plastik seperti hidung, muka atau mana-mana anggota badan yang lain bagi tujuan kecantikan  dilihat sangat terkenal pada masa kini. Prosesnya juga bukanlah sesuatu yang mudah dan agak berisiko jika tersalah langkah.

 

Baru-baru ini seorang pempengaruh (influencer) di Rusia dilaporkan maut ketika menjalani pembedahan plastik di klinik Artbeaut,St Petersburg bagi membetulkan hidungnya.

 

Marina Lebedeva yang berusia 31 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas menerima bius anestetik yang digunakan untuk tujuan pembedahan.

Marina Lebedeva dipercayai meninggal dunia selepas menerima bius anestetik yang digunakan untuk tujuan pembedahan

Menurut laporan The Sun, suhu badan wanita itu meningkat dengan mendadak selepas bertindak balas dengan bius tersebut.

 

Pihak klinik terus menghubungi ambulan sebaik sahaja mereka mendapati wanita tersebut menghadapi masalah semasa prosedur dijalankan.

 

Kes jenayah kecuaian perubatan bagaimanapun telah dibuka di St Petersburg ekoran isu yang menimpa wanita tersebut. 

 

Jika disabit kesalahan, pakar bedah boleh dipenjara hingga enam tahun atas kecuaian.

 

Doktor perubatan tersebut terkejut dengan kejadian yang menimpa dan memaklumkan ini adalah kes pertama yang berlaku.

 

Sementara itu, Pengarah klinik Alexander Efremov berkata,  pesakit telah pun menjalani beberapa ujian sebelum melakukan pembedahan hidung dan ia dilakukan oleh doktor yang berkelayakan tinggi.

 

Dia percaya kematian yang berlaku ini adalah disebabkan keadaan genetik.

 

“Pemeriksaan perubatan forensik akan dilakukan, tetapi saya dapat mengatakan bahawa kami melakukan pembedahan sesuai dengan semua standard normal”.

 

Jawatankuasa Penyiasat Rusia bagaimanapun berusaha untuk menentukan keadaan dan penyebab kematian sebenar wanita itu.

Sumber Gambar: The Sun

Post a Comment