Buat Pertama Kali Serena William Gagal Tersenarai Kedudukan 10 Teratas Persatuan Tenis Wanita!
Buat pertama kalinya nama Serena Williams gagal tersenarai dalam kedudukan 10 teratas Persatuan Tenis Wanita (WTA) dalam tempoh lebih dua tahun, selepas senarai baru diumumkan semalam.
View this post on Instagram
Menurut laporan Sportstar, Serena yang berusia 39 tahun itu sebelum ini telah menduduki kedudukan pertama selama 319 minggu sepanjang dia bergiat aktif dalam dunia sukan.
Dia kehilangan mata pada kejohanan Wimbledon selepas terpaksa menarik diri dari kejohanan tersebut akibat kecederaan yang dialaminya semasa menentang Aliaksandra Sasnovich.
Disebabkan terpaksa menarik diri dari perlawanan, Serena telah jatuh lapan anak tangga ke 16 dunia dimana kedudukan tersebut adalah kedudukan paling rendah yang pernah dia alami sejak Januari 2019.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, prestasi Simona Halep juga dikatakan menurun ke kedudukan kesembilan kerana kecederaan dan menyebabkan dia tidak dapat mempertahankan gelaran Wimbledon yang dimenanginya pada tahun 2019.
View this post on Instagram
Manakala Ashleigh Barty buat kali pertamanya berjaya merangkul gelaran dengan melonjak kedudukan teratas dan kini lebih 2,300 dihadapan pemain Jepun, Naomi Osaki yang tidak menyertai kejohanan di London itu.
View this post on Instagram
Karolina Pliskova yang tewas pada peringkat akhir pula melonjak dari kedudukan ke-13 ke kedudukan ketujuh.