
Bukaan Mulut Muat Sebiji Epal, Wanita Ini Dapat Anugerah Dari Guinness World Record!
0 comments
Seorang wanita dari Connecticut, Amerika Syarikat dianugerahkan gelaran Guinness World Record kerana mempunyai saiz bukaan mulut yang besar.
View this post on Instagram
Memiliki bukaan mulut berukuran 6.52 cm, Samantha disahkan sebagai pemegang rekod dunia bagi kategori wanita yang mempunyai saiz bukaan mulut paling luas.
“Saya tidak pernah menyangka akan menjadi terkenal kerana mulut saya, tetapi sangat luar biasa. Ini sangat menakjubkan,” katanya.
Selepas meraih pencapaian istimewa tersebut, Samantha menggalakkan sesiapa sahaja yang mempunyai anggota badan besar atau unik dan ingin mendapatkan gelaran Guinness World Records untuk menonjolkan diri bagi mengejar impian mereka.