EKSKLUSIF: Pengasas Tempatan Hina Orang Tua, Sekarang Didakwa Guna Gambar Orang Tanpa Kebenaran? – Manis Madu
EKSKLUSIF Pengasas Tempatan Hina Orang Tua, Sekarang Didakwa Guna Gambar Orang Tanpa Kebenaran

EKSKLUSIF: Pengasas Tempatan Hina Orang Tua, Sekarang Didakwa Guna Gambar Orang Tanpa Kebenaran?

Beberapa hari lalu, viral satu video berkenaan influencer atau pengasas tempatan yang dikatakan biadap dengan warga emas. 

 

Belum sempat reda lagi isu tersebut, kini timbul lagi satu isu yang mengaitkan individu berkenaan.

 

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang gadis di laman TikTok @doughbysarabakery, dia dilihat  membongkar sikap sebenar pengasas tersebut yang mendakwa pengasas berkenaan sebenarnya sudah menipu ramai orang.

@doughbysarabakeryCarls and Bella, ni bukn dugaan tp ini adalah pengajaran utk kau & pelajaran untuk org lain. #fyp♬ original sound – Dough by Sara Bakery

Di dalam video tersebut, gadis itu memaklumkan bahawa dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa penipuan itu.

 

“Sebelum ni aku pernah dengar korang scam orang tipu orang sana sini and kau pernah tipu talent model yang lain, dan aku salah seorangnya”.

 

Bagi mendapatkan skop cerita eksklusif ini, Madu telah menemu bual tuan badan sendiri iaitu Sara Dina. 

 

Sara dalam temu bual berkata dia diminta untuk hadir ke pertandingan mencari bakat oleh sebuah studio gambar dan telah diambil gambarnya bersama dengan beberapa produk yang mana salah satu produk tersebut adalah milik usahawan berkenaan.

 

Tidak lama kemudian, tanpa sebarang perkhabaran tentang keputusan pertandingan tersebut sehingga kini, Sara berkata dia terkejut gambarnya diguna oleh usahawan tersebut bagi mempromosikan perniagaan miliknya tanpa kebenarannya.

Didakwa Guna Gambar Orang Tanpa Kebenaran-01

Sara menekankan dia tidak tahu siapa sebenarnya yang telah menganiaya dirinya, sama ada pihak studio berkenaan ataupun usahawan tersebut.

 

Namun yang menjadikan perkara ini sangat tidak adil adalah gambar dirinya digunapakai oleh usahawan tersebut tanpa kebenaran kata Sara.

 

“Tak kisahlah pihak studio tu ke ataupun si usahawan tu, yang geramnya usahawan tu guna gambar saya untuk promosi perniagaan dia.

 

Sara juga mengesahkan perkara tersebut bukan hanya berlaku kepada dirinya, bahkan terjadi kepada beberapa orang lain juga perkara yang sama.

Didakwa Guna Gambar Orang Tanpa Kebenaran-02
Didakwa Guna Gambar Orang Tanpa Kebenaran-03

Apa pendapat Maduners berkenaan isu yang hangat ini? Apa-apa pun yang penting dekat sini jangan aniaya orang lain dan guna hak orang lain tanpa kebenaran.

Post a Comment