Burger McDonald’s Tak Berkulat Selepas 5 Tahun, Wanita Terus Berhenti Makan Makanan Segera! – Manis Madu
Burger McDonald’s Tak Berkulat Selepas 5 Tahun, Wanita Terus Berhenti Makan Makanan Segera!

Burger McDonald’s Tak Berkulat Selepas 5 Tahun, Wanita Terus Berhenti Makan Makanan Segera!

Seorang wanita berhenti mengambil makanan segera selepas mendapati burger keju McDonald’s yang dibeli dan disimpannya sejak lima tahun lalu, masih kelihatan segar dan elok.

joiarib-morales-uc-7Pq7h_RLCU8-unsplash (1)

Lapor Daily Mail, Megan Condry dari Washington DC mendakwa membeli dua burger keju dan kentang goreng di pandu lalu restoran makanan segera itu pada 5 November 2017.

 

Katanya, setelah selesai makan, dia menyimpan sebiji lagi burger keju di tempat duduk belakang kereta, namun terlupa untuk menikmatinya.

 

Dakwa Condry, lima hari kemudian, dia mendapati burger keju yang ditinggalkan dalam kereta itu belum basi.

 

Sejak insiden itu, wanita tersebut memutuskan untuk melakukan eksperimen bagi mengetahui berapa lama burger itu mampu bertahan. Menurutnya, dia menyimpan burger tanpa diubah dan disentuh itu di dalam almari selama lima tahun.

 

“Sebulan lalu, ketika sedang menyusun barangan perhiasan Krismas, saya menjumpai burger yang disimpan lima tahun lepas. Walaupun burger itu keras, ia masih kelihatan sama seperti waktu dibeli dan keadaan itu membuatkan saya berasa agak ‘kagum’.

megan 2 (1)

“Saya perhatikan bahawa keadaan roti, pati daging lembu dan keju masih kekal sama dengan tiada tanda kulat mahupun basi,” katanya.

 

Sementara itu, restoran McDonald’s memaklumkan pihaknya hanya menggunakan daging lembu yang diperiksa Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan tiada bahan pengawet digunakan dalam pati daging.

Post a Comment