Bekas Banduan Buka ‘Restoran Penjara’, Kumpul Dana Bebaskan Tahanan Berdepan Bebanan Hutang – Manis Madu
Bekas Banduan Buka ‘Restoran Penjara’, Kumpul Dana Bebaskan Tahanan Berdepan Bebanan Hutang

Bekas Banduan Buka ‘Restoran Penjara’, Kumpul Dana Bebaskan Tahanan Berdepan Bebanan Hutang

Dua bekas banduan di Iran telah membuka ‘restoran penjara’ yang bertujuan mengumpulkan dana bagi membebaskan tahanan yang berdepan bebanan hutang.

 

Menurut laporan, idea membuka ‘Cell 16’ di timur Teheran tercetus ketika Benyamin Nakhat, 31, ditahan bersama rakan kongsinya, Arman Alizadeh, 30.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by India Today (@indiatoday)

“Dekorasi di restoran itu sangat mudah kerana kami hanya meniru sel seperti di penjara sebenar. Kami mahu menunjukkan penjara tidak semestinya menempatkan orang jahat.

 

“Penghuni penjara kadangkala bukan kerana mereka melakukan jenayah. Mereka mungkin ditimpa musibah dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” kata Benyamin.

 

Perniagaan duo itu berjaya mendapat sambutan dengan bantuan media sosial dan ‘Cell 16’ kini memperluaskan cawangan mereka di ibu kota Tehran dan bandar Isfahan.

 

Agensi berita IRNA melaporkan restoran itu meraih AS$130 juta (RM544 juta) hasil sumbangan orang ramai untuk membayar semula hutang ribuan tahanan.

 

Difahamkan, lebih 11,000 rakyat negara itu atau hampir lima peratus menghuni penjara kerana gagal melangsaikan hutang.

Post a Comment