Cabaran Lukis Semula Sailor Moon Kembali Viral, Netizen Serlah Bakat Melukis – Manis Madu
Cabaran Lukis Semula Sailor Moon Kembali Viral, Netizen Serlah Bakat Melukis

Cabaran Lukis Semula Sailor Moon Kembali Viral, Netizen Serlah Bakat Melukis

Sepanjang kita berkuarantin disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini, pelbagai cabaran baru yang Madu dengar netizen buat.

 

Baru-baru ni tular pula cabaran baru iaitu Sailor Moon Redraw Challenge ataupun lebih mudah nak cerita cabaran lukis semula anime kesukaan orang ramai iaitu Sailor Moon!

 

Dalam banyak-banyak cabaran yang timbul disebabkan pandemik Covid-19 seperti #PillowChallenge, #TikTokChallenge dan pelbagai lagi, cabaran ini favourite Madu.

 

Memang ramai Madu tengok serlahkan bakat mereka melukis semula karakter dalam anime Sailor Moon ini terutamanya peminat-peminat anime ini.

 

Cabaran melukis semula ni perlukan netizan yang sertai cabaran ini untuk secara spesifik melukis berpandukan Sailor Moon S episod 125, “Bright Shooting Star! Saturn, and the Messiah.”

 

Kalau ikutkan info yang Madu dapat, cabaran ini dah ada sejak tahun 2019 lagi bila seorang artis dari Korea Selatan menggunakan hashtag #sailormoonredraw tapi timbul dan kembali tular semula selepas orang ramai bosan disebabkan oleh kuarantin.

sailormoonredraw

Jom, Madu kongsi dengan Maduners betapa kreatifnya netizen yang sertai cabaran ini!

Ahh! Cantiknya dia lukis, cemburu Madu tengok ramai sangat yang berbakat ini! Takpe, janji boleh menikmati lukisan yang dihasilkan netizen di media sosial.

Setiap orang berbeza cara melukis ikut kreativiti masing-masing. Tengok ni, netizen lukis Sailor Moon versi berjanggut gituzzz, hehehe.

 

View this post on Instagram

 

My turn! Sailor Blood Moon 🥳

A post shared by Arica (@cheekpeas) on

Semuanya memang terbakat, Madu tabiklah! Netizen yang sertai cabaran ni di Instagram pun power habis juga.

Lukisan ni nampak macam anime Naruto pun ada, kreatif betul netizen di media sosial.

 

Masih ramai lagi yang sertai cabaran ini, jadi Maduners yang minat Sailor Moon dan tengah bosan duduk rumah boleh serlah bakat terpendam Maduners dengan sertai cabaran ini!

Post a Comment