Cabut Gigi Guna Playar, Ramai Netizen Seram Tengok! – Manis Madu
Cabut Gigi Guna Playar, Ramai Netizen Seram Tengok!

Cabut Gigi Guna Playar, Ramai Netizen Seram Tengok!

Tular di laman Twitter baru-baru ini satu video menunjukkan seorang wanita mencabut gigi seorang lelaki menggunakan playar.

 

Menurut keterangan dalam video itu, lelaki berkenaan difahamkan sudah beberapa hari mengalami sakit gigi tetapi tidak mahu ke klinik.

“Dah berhari-hari mengadu sakit, nak bawa ke klinik tak mahu. Aku ni pantang dengar, mai kita selesaikan. Sekali je settle,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Video yang dimuat naik semula oleh akaun Twitter @MALAYSIAVIRALL itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan cara yang dilakukan.

 

“Dorang tahu tak saraf mulut ni berhubung dengan otak? Buatnya tersalah tarik, hilang sakit gigi… Otak pun mereng,” komen seorang netizen.

 

“Klinik ada bius, tak sakit pun. Tak payah ketuk ketuk kepala macam orang tua baju putih dalam video ni,” ujar seorang netizen.

 

Dalam pada itu, terdapat juga komen netizen yang menganggap tindakan mencabut gigi dengan playar itu tidak bahaya dengan alasan orang-orang dahulu juga melakukan cara yang sama.

 

“Tak bahaya aih. Dulu kecik-kecik malas nak pi klinik, dok depan cermin cabut sendiri. Elok je gigi sekarang ni,” komen @REALfatinzz

 

“Ni bukan orang sekarang punya cara, ni biasa orang orang dulu (otai). Pernah gak aku dengar otai suruh sapu minyak brek dekat gigi kalau sakit,” tambah netizen lain.

 

Madu rasa, kalau perkara berkaitan kesihatan ini adalah lebih baik rujuk atau pergi ke tempat yang sepatutnya. Bila jadi ‘doktor’ sendiri, tak berlaku sebarang masalah tak apa tapi kalau jadi lebih teruk, siapa nak tanggung?

Post a Comment