Cara Mudah Elak Buli Siber Ke Atas Pengguna TikTok
Media Sosial ini ada baik dan ada buruknya. kalau Maduners sejenis yang menyebarkan kebaikan dan kata-kata positif itu adalah sangat bagus. Tetapi kalau Maduners jenis keyboard warrior dan selalu nak cari salah orang silalah hentikan!
Benda-benda seperti ini kadang-kadang memberi kesan buruk kepada pengguna media sosial itu sendiri.
Memang ada ketika kita tidak mampu mengawal mulut-mulut netizen dari bercakap dan komen perkara yang negatif. Mujur ada kemudahan untuk kita elak komen-komen negatif itu dari mempengaruhi orang lain dan mempengaruhi emosi kita.
Memandangkan TikTok adalah salah satu aplikasi yang trending masa kini dan ramai antara kita yang ada akaun TikTok untuk kegunaan harian, ini mungkin dapat membantu Maduners dalam menguruskan akaun masing-masing.
Kalau korang nak tahu, TikTok ada melancarkan ciri baru yang membolehkan pengguna memadam sehingga 100 komen di video sendiri dalam satu masa tau.
Ini dapat memberi kemudahan kepada Maduners untuk menguruskan akaun tersendiri dengan mudah, cepat dan tidak memakan masa yang terlalu lama untuk membuang komen-komen negatif.
Tujuan utama TikTok perkenalkan ciri ini adalah untuk mengelakkan buli siber dan menjadikan penggunaan TikTok sebagai salah satu aplikasi mesra pengguna dan harmoni.
Cara untuk Maduners memadam komen di laman TikTok secara pukal adalah dengan hanya menekan lama pada komen yang hendak dipadam.
Ataupun klik pada ikon pensil di bahagian kiri atas untuk membuka tetingkap pilihan.
Maduners boleh memilih mana-mana komen yang nak dipadam sehingga 100 komen secara sekaligus.
Sebelum ini korang kena padam satu per satu, dengan adanya ciri baru ini dah tak perlu bersusah payah lagi.
Walaupun ciri baru ini tetap tidak dapat menghalang netizen untuk mengkritik, sekurang-kurangnya ini dapat bantu anda untuk memadam komen-komen negatif dengan cepat.
Aplikasi Instagram juga ada ciri ini dimana korang boleh memadam komen yang banyak dalam satu masa.
Kalau Maduners tak mampu jadi netizen yang bijak jadilah pengguna yang bijak!