Catatan Seorang Pembunuh, Tatsuya Ichihashi Bedah Muka Sendiri Elak Dicam Polis – Manis Madu
Catatan Seorang Pembunuh, Tatsuya Ichihashi Bedah Muka Sendiri Elak Dicam Polis

Catatan Seorang Pembunuh, Tatsuya Ichihashi Bedah Muka Sendiri Elak Dicam Polis

Ternyata di dunia ini, masih ramai psikopat berkeliaran di luar sana. Kadang-kadang tak sangka, orang yang nampak baik atau naif boleh melakukan jenayah kejam. Ngeri kan!

 

Maka, kita perlu lebih berhati-hati dan peka, terutamanya dengan orang yang baru dikenali. Jangan mudah beri kepercayaan!

 

Kisah yang Anis nak kongsikan hari ini serba sedikit ada hubung kaitnya dengan percaya kepada orang yang baru dikenali. Memang mind blowing kes ini.

FSOIqUVaQAEUErG (1)

Latar belakang Lindsay Hawker (Mangsa)

Mangsa dalam kes ini dikenali sebagai Lindsay Hawker yang dilahirkan pada tahun 1984 di Coventry, England. Anak kepada pasangan Bill dan Julia Hawker ini telah menamatkan pengajian ijazah pada peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang biologi di Universiti of Leeds pada tahun 2006.

lindsay-2_1520362i (1)

Sebelum memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, Lindsay akhirnya membuat keputusan untuk ke Jepun untuk bekerja sebagai guru bahasa Inggeris. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira negara matahari terbit itu sebagai sebuah negara paling selamat di dunia.

 

Di tahun yang sama, Lindsay telah diterima untuk bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat pembelajaran bahasa Inggeris swasta iaitu Nova yang terletak di Koiwa, Tokyo. Lindsay tinggal di sebuah rumah bersama dua orang lagi rakan sekerja dan sering berhubung dengan ibu bapa serta teman lelakinya melalui e-mel, Skype atau panggilan telefon.

Siapa Tatsuya Ichihashi?

Tatsuya Ichihashi dilahirkan di Prefektur Gifu pada 5 Januari tahun 1979 dan dibesarkan di Timur Tokyo. Ibu dan bapa Tatsuya bukan sembarangan orang! Ibunya bekerja sebagai seorang doktor pergigian manakala bapanya merupakan seorang doktor perubatan.

before_1520358i (1)

Setelah tamat pengajian di Universiti Chiba pada tahun 2005 dalam jurusan Horticulture, Tatsuya tidak bekerja dan dibiayai ibu bapanya yang mana dia menerima kira-kira 100 ribu yen setiap bulan. Tatsuya juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi pernah terlibat dalam satu kes menyerang dan merompak seorang wanita. 

 

Walau bagaimanapun, kes tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah selepas bapa Tatsuya bersetuju membayar wang pampasan kepada mangsa.

Bagaimana Tatsuya Bertemu Lindsay?

Kisah bagaimana mereka bertemu dan berkenalan diceritakan oleh teman lelaki Lindsay. Difahamkan, 4 hari sebelum kejadian, Lindsay ada memberitahu kekasihnya tentang perkenalan dengan Tatsuya melalui e-mel.

 

Ceritanya, pada 20 Mac 2006 sewaktu Lindsay sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja dengan menaiki keretapi, dia tiba-tiba telah ditegur oleh seorang lelaki tidak dikenali yang mengaku dirinya sebagai anak murid Lindsay. Lelaki tersebut kemudian menyatakan hasrat untuk mempelajari bahasa Inggeris secara peribadi bersama Lindsay dengan kadar bayaran tertentu. Lindsay bagaimanapun telah menolak tawaran itu secara baik sebelum dia terus beredar pergi dengan menaiki basikal. 

 

Dalam fikiran Lindsay ketika itu, perbualannya bersama lelaki berkenaan akan tamat di kereta api yang dinaiki namun ternyata setelah turun dari keretapi, Lindsay dikejar oleh lelaki tersebut hingga ke kawasan tempat tinggalnya. Lelaki itu seterusnya meminta air minuman daripadanya dengan alasan dahaga selepas mengejar Lindsay. Disebabkan berasa simpati, Lindsay mengajak lelaki tersebut untuk masuk ke dalam rumahnya. 

 

Lindsay berani mempelawa lelaki tersebut ke dalam rumah kerana dia tahu rakan serumahnya ada sekaligus dia memperkenalkan lelaki itu kepada dua orang rakannya sebagai langkah berjaga-jaga. Sebelum beredar, lelaki itu sempat melakar lukisan wajah seorang wanita pada sehelai kertas dan turut tertera adalah tulisan nama, nombor telefon dan alamat e-mel lelaki itu yang dikenali sebagai Tatsuya Ichihashi.

 

Tatsuya juga sempat menyatakan hasratnya untuk bertemu semula dengan Lindsay selepas daripada pertemuan itu untuk belajar bahasa Inggeris dan mereka berdua bersetuju untuk bertemu 4 hari kemudian untuk membincangkan perkara itu.

Hari Lindsay Hilang Tanpa Khabar

Setelah memaklumkan dan mendapat kebenaran daripada pihak Nova mengenai sesi pembelajaran persendirian bersama Tatsuya, mereka bertemu di sebuah kafe pada 24 Mac 2006 bersamaan hari Sabtu untuk sesi pembelajaran pertama mereka. 

 

Sebaik selesai sesi tersebut, Tatsuya memberitahu Lindsay dia terlupa membawa wang. Jadi, Tatsuya mengajak Lindsay untuk pergi ke tempat tinggalnya. Mereka berdua seterusnya menuju ke lokasi apartment dengan menaiki teksi.

block-of-flats_1520349i

Lindsay berpesan kepada pemandu teksi itu untuk tunggu sebentar memandangkan dia tidak lama di kediaman Tatsuya namun setelah beberapa ketika tidak memunculkan diri, pemandu teksi itu kemudian meninggalkan lokasi terbabit.

 

Setelah mendapat dua hari Lindsay tidak dapat dikesan (tidak pulang ke rumah dan tidak pergi mengajar), rakan serumahnya dan pihak Nova segera ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangannya. Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis bergegas ke rumah Tatsuya bagi melakukan pemeriksaan. Beberapa prosedur perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum boleh memecah masuk ke rumah Tatsuya dan perkara itu memberi kelebihan buatnya melarikan diri.

 

Tidak lama selepas itu, pihak polis menemui mayat Lindsay dengan keadaan telanjang serta tangannya diikat di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan pasir dan tanah kompos. Tatsuya berkemungkinan besar cuba mengaplikasikan ilmu Horticulture yang pernah dipelajarinya dulu atau mungkin juga cara untuk menghapuskan mayat Lindsay tanpa meninggalkan jejak. 

 

Berdasarkan siasatan, Lindsay didapati dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan cara cekikan. Turut didapati, kesan kecederaan lebam pada badan Lindsay yang menunjukkan dia cuba melawan pada saat-saat akhir hidupnya. Rambut Lindsay juga dicukur selepas dibunuh.

Dua Tahun Jadi Buruan Polis

Susulan kematian Lindsay, Tatsuya menjadi buruan polis selama dua tahun! Sepanjang tempoh pelarian itu, Tatsuya tinggal di merata tempat dan sentiasa mencari tahu mengenai perkembangan tentang operasi pemburuannya. 

Lindsay-Hawker-murder-sus-001

Rentetan daripada itu, Tatsuya mengubah penampilan wajahnya termasuk sanggup membuang tahi lalat pada pipi, menggunting bibir sendiri dan melakukan pembedahan plastik pada wajah sendiri supaya tak dapat dikenal pasti! Tatsuya didapati beberapa kali mengubah struktur mukanya agar tak dapat dicam pihak berkuasa.

Penangkapan

Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Begitu juga dengan nasib Tatsuya apabila dia akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis di Osaka. Penangkapan tersebut dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada seorang kakitangan klinik pembedahan yang berjaya membuat pengecaman wajah Tatsuya.

scrum_1520388i

Dia telah membuat pengakuan tentang pembunuhan Lindsay namun menyatakan bahawa kejadian itu adalah secara tidak sengaja. Kata Tatsuya, dia mencekik Lindsay adalah bagi menghalang wanita tersebut daripada terus menjerit.

his-face_1520355i (1)

Pengakhiran kisah Tatsuya, dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Di Jepun, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan untuk mereka yang tela membunuh lebih daripada seorang mangsa maka, itu sebabnya Tatsuya tidak menerima hukuman mati.

Buku “Until I Was Arrested”

Ketika di penjara, Tatsuya menghasilkan sebuah buku berjudul “Until I Was Arrested” yang merakamkan tentang apa yang dilakukannya dalam tempoh buruan polis. Tatsuya juga dikatakan telah menawarkan semua royalti hasil jualan buku tersebut untuk diserahkan kepada keluarga Lindsay namun ditolak mentah-mentah.

 

Until I Was Arrested kemudian diadaptasi ke dalam filem berjudul I am Ichihashi: Journal of A Murderer pada tahun 2013 yang dibintangi oleh aktor Dean Fujioka.

family_1520360i (1)

Demikianlah kisah seorang lelaki bernama Tatsuya Ichihashi. Sebenarnya, apa yang menggemparkan tentang kes ini adalah tindakan nekad Tatsuya yang melakukan pembedahan plastik pada muka sendiri gara-gara tidak mahu ditangkap.

Post a Comment