Takutnya Tengok! 5 Jenis Makhluk ‘Deep Sea’ Ini Akan Buat Korang Meremang! – Manis Madu
Takutnya Tengok! 5 Jenis Makhluk ‘De

Takutnya Tengok! 5 Jenis Makhluk ‘Deep Sea’ Ini Akan Buat Korang Meremang!

Unik memang unik tapi menakutkan itu dah jadi satu cerita lain!

 

Itu yang boleh Syaz gambarkan apa Syaz jumpa bila buat kajian mengenai tajuk artikel kali ini, nampak unik dan tak pernah lihat sebelum ini tetapi bila terfikir macam mana kalau haiwan atau benda tersebut berada depan mata kita, mesti scary! 

 

Kali ini Syaz nak bawa korang menyelam ke dasar laut untuk tengok haiwan-haiwan dasar laut dalam atau lebih dikenali sebagai deep sea creature  yang spooky! Meremang tengok!

1. Deep Sea Blob Sculpin (Psychrolutes Phrictus)

Scariest-Sea-Monsters-Blob-631

Jarang kita faceshaming tetapi nak bandingkan makhluk ini dengan haiwan lain, memang hodoh betul! 

 

Meremang juga tengok sebab nampak macam alien dari angkasa lepas, tapi ini versi dari dasar laut. 

 

Ikan ini biasanya ditemui pada kedalaman 2,800 meter di sepanjang pantai barat di Amerika Syarikat dan boleh terperangkap dalam pukat yang dilemparkan nelayan komersial bagi menangkap ketam di dasar laut. 

 

Fun fact!  Tahu tak pada tahun 1988, ada filem  yang hasilkan inspirasi daripada makhluk ini yang bertajuk The Blob. Genre filem ini seram, jadi memang sesuai sangat!

2. The Proboscis Worm (Parborlasia Corrugatus)

Scariest-Sea-Monsters-Proboscis-Worm-631

Ala-ala cacing tanah tapi ini versi di dasar laut yang lebih menggelikan, menakutkan dan pelik! 

 

Cacing proboscis ini boleh tumbuh panjang sehingga dua meter dan mencari makanan di dasar laut. Cacing ini akan memakan hampir semua yang mereka temui dan yang lebih menakutkan adalah cacing ini tiada pemangsa, maksudnya tiada mahkluk atau haiwan lain yang akan makan atau kacau cacing ini! Scary! 

 

Fun fact! Cacing ini juga dikenali sebagai cacing riben (Ribbon Worm) dan selalunya berada di dasar laut selatan.

3. Raksasa Spageti (Spaghetti Monster)

d6c7BZzctbCMSGoSEYsFgn-970-80.jpg

Kenapa nama raksasa spageti? Anda tengok sendiri gambar itu, seram! Kelihatan seperti spageti tapi versi makhluk hidup yang menakutkan!

 

Makhluk ini dikenali sebagai Bathyphysa Coniferae ini yang mana pernah dilihat di luar pantai Angola pada 2015 oleh pekerja di syarikat minyak dan gas. Para pekerja sedang mengumpul rakaman video pada kedalaman kira-kira 4,000 kaki (1,220 meter) di bawah air apabila mereka melihat apa yang mereka katakan seakan-akan raksasa spageti yang menakutkan.

 

Fun fact! Bathyphysa Conifer ialah siphonophore, sekumpulan haiwan laut yang ada karangnya sendiri dan obor-obor bercantum pada badan mereka.

4. Ikan Hantu (Ghost Fish)

XGhiUoa3gabHLkiqtJ2BNZ-970-80.jpg

Ikan hantu bunyi macam pelik tetapi bila melihat dari gambar, rasanya panggilan itu sangat sesuai dengan ikan ini!

 

Makhluk seperti hantu ini telah dikesan oleh saintis pada Julai 2016 semasa misi di atas kapal penyelidikan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Pada waktu tersebut, ianya kali pertama ikan hantu dilihat dan ditangkap gambarnya.  

 

Ikan itu dilihat berenang di sepanjang tebing laut, pada kedalaman 8,202 kaki (2,500 meter), di Tugu Negara Trench Mariana. Kawasan perlindungan ini meliputi 95,216 batu persegi (246,608 kilometer persegi) di timur Filipina.

 

Fun fact! Menurut saintis, ikan ini dikatakan sebahagian daripada keluarga Aphyonidae. Ikan hantu ini  mempunyai kulit lut sinar, tidak bersisik dan mata yang kelihatan aneh dan tidak berwarna.

5. Angler Fish

w6tn8mDAproPTjdjqndFV-970-80.jpg

Mungkin ramai yang rasa macam selalu nampak ikan ini sebab ikan ini selalu berada dalam filem yang mengerikan!

 

Ikan yang dikenali sebagai anglerfish ini mempunyai rupa fisik yang hodoh dan ngeri!

 

Ikan anglerfish yang bergerigi menakutkan menjadi kejadian biasa dalam mimpi ngeri kanak-kanak kecil sejak ia mengejar Nemo dan Dory dalam “Finding Nemo” Pixar. 

 

Fun fact! Untuk menarik mangsa, ikan yang kelihatan menakutkan itu menggunakan “tiang pancing” bercahaya yang tergantung tepat di atas  dan di hadapan mukanya yang bergigi. 

 

Tiang pancing itu sebenarnya adalah sekeping tulang belakang punggung yang penuh dengan berjuta-juta bakteria yang bercahaya dalam gelap.

 

Perkongsian 5 makhluk pelik ini dah terbukti yang laut dalam sangat menakutkan dan itu baru yang ditemui oleh manusia. Bayangkan betapa besarnya laut di bumi ini dan sudah tentu masih wujud makhluk-makhluk pelik di dasar laut yang belum ditemui yang lebih mengerikan!

 

Sumber: Smithsonian Mag, Lives Science

Post a Comment