Cikgu Zack Betulkan Istilah ‘Lontong’ Yang Sebenar, Ramai Juga Baru Tahu! – Manis Madu
Cikgu Zack Betulkan Istilah ‘Lontong’ Yang Sebenar, Ramai Juga Baru Tahu! (1)

Cikgu Zack Betulkan Istilah ‘Lontong’ Yang Sebenar, Ramai Juga Baru Tahu!

Antara juadah hari raya yang digemari ramai adalah hidangan lontong yang di makan dengan kuah lodeh. Memang layan!

 

Tetapi, harus diakui ramai yang masih keliru dengan gelaran yang benar bagi hidangan ini.

 

Guru Bahasa Malaysia yang dikenali ramai, Cikgu Zack Kirana baru-baru ini membuat perkongsian di laman TikTok mengenai penjelasan tentang gelaran yang benar bagi hidangan tersebut.

@zackkirana27 LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fypシ #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022 ♬ original sound – zack kirana

“Kalau korang nak tahu, sebenarnya lontong dan lodeh adalah dua perkara berbeza,” ujar Cikgu Zack dalam videonya.

 

Untuk pengetahuan Maduners, kuah lemak berwarna kuning yang di makan bersama nasi himpit itu adalah kuah lodeh dan bukannya lontong yang sebenar.

 

Lontong yang sebenar adalah nasi yang dihimpitkan dalam daun pisang.

 

Cikgu Zack juga turut menyertakan maklumat dari Wikipedia tentang maksud lontong tersebut.

 

“Untuk lebih fahamkan awak semua, saya bagi petikan dari Wikipedia apakah itu lontong,” ujar Cikgu Zack.

 

Lepas ini jangan tertukar lagi kuah lodeh dengan lontong ya!

Post a Comment