Cinta Laura Tidak Suka Shopping Barang Mewah, Tak Sangka Ini Alasannya!
Selebriti popular Indonesia, Cinta Laura baru-baru ini mengakui dia berasa serba salah untuk membeli barang baharu atau berjenama kerana memikirkan nasib golongan yang susah.
View this post on Instagram
Memetik laporan Liputan6, Cinta Laura, 27, memberitahu dia gemar menggunakan wang tersebut dengan membantu golongan kurang berkemampuan daripada dibazirkan membeli barang mewah.
“Selalu rasa macam tak ada baju nak pakai tapi malas nak shopping. Saya akan ulang pakai baju sama tapi bukan bermaksud saya tidak suka barang yang berkualiti atau mahal.
“Saya suka barang yang bagus dan mahal tapi saya akan rasa serba salah kalau saya beli sesuatu yang baru atau mahal. Contohnya beg tangan berjenama harga RM8,643, bayangkan berapa keluarga atau anak yang boleh saya bantu atau beri makan dengan duit tersebut,” ujarnya.
View this post on Instagram
Cinta Laura juga mendedahkan dia pernah membeli beg tangan berjenama buat pertama kali dalam masa lima tahun ketika menjalani penggambaran di Dubai.
“Tahun lalu, saya pergi ke Dubai untuk penggambaran iklan dan saya ada beli satu beg tangan berjenama tapi itu kali pertama dalam lima tahun. Maksudnya saya beli barang jenama hanya sekali dalam lima tahun,” katanya.