Senaman ‘Gantung Diri’ Didakwa Dapat Hilangkan Sakit Belakang? – Manis Madu
Senaman Gantung Diri Didakwa Dapat Hilangkan Sakit Belakang

Senaman ‘Gantung Diri’ Didakwa Dapat Hilangkan Sakit Belakang?

Baru-baru ini viral satu senaman yang semakin popular di Wilayah Lioning, China yang memerlukan individu menggantung leher pada tali dan mendakwa senaman tersebut dapat merawat sakit belakang.

 

Dalam tempoh beberapa tahun ini, senaman yang dianggap agak pelik ini dilihat menjadi kegilaan dalam kalangan warga emas.

 

Senaman menggantung diri ini memerlukan seseorang meletakkan lehernya pada tali pinggang khas yang digantung di pokok atau pada logam yang sesuai kemudian menghayunkan badan mengikut keselesaan sendiri.

 

Mereka boleh memilih sama ada ingin menghayunkan ke hadapan dan kebelakang, membuat bulatan atau sekadar bergantung dalam keadaan pegun.  

 

Menurut laporan Oddity Central, senaman pelik menggantung diri ini mula diperkenalkan oleh seorang lelaki iaitu Sun Rongchun sejak tahun 2017 untuk meredakan sakit leher. 

 

Sun Rongchun berasa sangat gembira dengan hasil yang dia peroleh sehingga dia mula mengesyorkannya kepada orang lain.

 

Senaman seperti ini juga dikatakan dapat membantu meregangkan tulang belakang, mengurangkan tekanan pada saraf dan sebagainya.

 

Walaubagaimanapun, pakar kesihatan memberi amaran bahawa tuntutan yang dinyatakan itu tidak ada bukti secara saintifik dan latihan tersebut boleh menyebabkan kecederaan serius pada tulang belakang atau berkemungkinan lumpuh.

 

Sumber Featured Image:  Oddity Central

Post a Comment