Comel! Anjing Merajuk Selepas Di Bawa ‘Grooming’ Oleh Pemilik – Manis Madu
Anjing Merajuk Selepas Dibawa Grooming Oleh Pemilik

Comel! Anjing Merajuk Selepas Di Bawa ‘Grooming’ Oleh Pemilik

Haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, hamster dan lain-lain memang tidak dapat dinafikan mempunyai telatah yang unik dan comel. Telatah dan gelagat mereka menjadi hiburan dan peneman yang baik buat manusia.

 

Begitu juga dengan satu rakaman yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Rakaman berkenaan memaparkan seekor anjing yang kelihatan merajuk dengan pemiliknya, lapor Daily Star.

@erisbakerI can’t stop posting these. 😂 she looks like a damn alpaca #fyp #doodle #dogmom #haircut #comedy #foryoupage♬ original sound – Eris Baker

Difahamkan anjing itu pada mulanya dibawa ke salun untuk melakukan proses ‘grooming’ oleh pemiliknya sehingga ia kelihatan seperti seekor alpaka!

 

Menurut video berkenaan, anjing itu kelihatan marah dan tidak suka akan gaya baharu itu.

 

Pemiliknya juga kelihatan memohon maaf kepada anjingnya kerana insiden berkenaan. Alahai, comel betul!

 

Untuk pengetahuan Maduners, video tersebut sehingga kini meraih lebih 23.2 juta tontonan.

Post a Comment