Pakcik Buntu Cari Pekerjaan Dari Kedah Akhirnya Dibantu Ustaz Ebit Lew! – Manis Madu
Pakcik Buntu Cari Pekerjaan Dari Kedah Akhirnya Dibantu Ustaz Ebit Lew!

Pakcik Buntu Cari Pekerjaan Dari Kedah Akhirnya Dibantu Ustaz Ebit Lew!

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial tentang dua orang gadis yang menghulurkan bantuan kepada seorang lelaki separuh abad yang ditemui di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

 

Difahamkan, lelaki yang hidup sebatang kara setelah isteri dan anaknya meninggal dunia itu menjalani kehidupan sebagai gelandangan. Dia juga memberitahu berasal dari Kedah dan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan namun tiada siapa yang menerimanya atas faktor usia dan kesihatan.

Perkongsian itu memang mengundang hiba ramai orang dan rata-rata warganet di ruangan komen tidak terlepas daripada ‘memetik’ nama Ustaz Ebit Lew untuk membantu pakcik berkenaan.

 

Tanpa menunggu lama, Ustaz Ebit Lew dan teamnya segera mencari pakcik itu untuk menghulurkan bantuan.

 

Menerusi muat naik terbaru dari akaun Ustaz Ebit Lew, pakcik berkenaan sudah dijumpai dan disantuni selayaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Selain menghulurkan sejumlah wang kepada pakcik tersebut, Ustaz Ebit Lew juga membawanya pulang ke rumah, memberi pakaian baru dan menumpangkannya tidur buat sementara waktu.

 

Dalam video lain, Ustaz Ebit juga memaklumkan bahawa dia juga membayarkan rawatan mata untuk pakcik itu memandangkan matanya sudah tidak nampak. Rawatan mata itu dibuat di pusat rawatan mata milik Prof Muhaya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada dua gadis yang mula menularkan cerita pakcik tersebut dan juga kepada Ustaz Ebit Lew kerana mengambil tindakan pantas untuk membantu pakcik itu.

Post a Comment