Kampung Pogunon: Sayur Percuma, Satu Setiap Rumah Sahaja – Manis Madu

Kampung Pogunon: Sayur Percuma, Satu Setiap Rumah Sahaja

Maduners tahu tak di mana terletaknya Kampung Pogunon ini kerana ternyata warga penduduknya baik hati dan ikhlas membantu.

Penduduk di Kampung Pogunon yang terletak di Penampang, Sabah ini telah mendapat perhatian setelah mengambil inisiatif untuk meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Dapat dilihat penduduk memberikan bantuan dengan menderma buah-buahan dan sayuran segar kepada jiran-jiran mereka yang memerlukan bantuan.

 

Sambil memberikan sumbangan, mereka juga mengingatkan supaya mengambil satu setiap rumah sahaja dan ingat tentang mereka yang lain juga.

Inisiatif oleh penduduk Kampung Pogunon ini tular setelah laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ memuat naik beberapa siri gambar yang menunjukkan sayur-sayur segar digantung di halaman rumah untuk diberikan secara percuma.

 

Netizen menerusi laman media sosial memberikan pujian dan berterima kasih kepada penduduk yang melakukan inisiatif ini.

Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan yang prihatin dan berprikemanusiaan kerana saling bantu-membantu di antara individu di kawasan Kampung Pogunon sewaktu krisis Covid-19.

Post a Comment