Face Shield yang Pertama untuk Hero Kita di Malaysia – Manis Madu

Face Shield yang Pertama untuk Hero Kita di Malaysia

Good News! Satu organisasi bernama Malaysian 3D printing & designers bersatu untuk menghasilkan produk terbaru yang pertama di Malaysia iaitu face shield untuk hero hero kita yang sedang berlawan dengan wabak Covid-19!

Kini produk ini telah dihantar kepada semua Frontliner yang berusaha untuk menghalang wabak Covid-19 ini. Pada awalnya idea ini tercetus daripada Prusa iaitu seorang Mat Salleh yang memberi idea untuk mereka bentuk Face Shield untuk Frontliner. Di Malaysia pula, initiatif ini diambil oleh lelaki bernama Nur Faiz dan Adrian Wong yang buat Facebook Group dan mengumpul semua untuk mengabungkan idea ini untuk cipta Face Shield.

Cara untuk menghasilkan visor Face Shield ini sangat mudah. Bila mereka dah habis print, mereka akan tebuk lubang di PVC A4. Untuk dapatkan lubang yang cantik ialah dengan melipat sekali dan lipat lagi satu lagi untuk dapatkan centre. Selepas itu, Maduners akan lihat ada 3 barisan. Dari situ, korang akan tebuk lubang untuk masukkan pada batang printer yang selesai di print tadi.

Bila nak masukkan visor ialah dengan memasukkan lubang tadi pada batang yang di print. Masukkan lubang ditepi dahulu baru yang ditengah. Dah selesai! Cara untuk memakainya pula ialah dengan memakainya di dahi kepala.

Bagusnya tentang produk ini ialah kita boleh membasuhnya. Asingkan visor tadi dengan batang yang di print. Kumpulkan batang tersebut dan rendamkan menggunakan bleach ataupun klorox di dalam baldi. Selepas itu, bilas dengan air. Jemur dan keesokan harinya boleh dipakai lagi. Untuk visor pula boleh digunakan cara yang sama tetapi kalau nak lebih bersih boleh dibasuh dengan alcohol ataupun guna visor yang baru.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah berusaha untuk mencipta Face Shield ini kepada hero kita yang sedang berperang dengan Covid-19. Semoga mereka terhindar dari terkena wabak ini. Pastikan Maduners do your part dalam memerangi penyebaran Covid-19 juga yeah. Mari kita hentikan penyebaran Covid-19 ini bersama!

Post a Comment